Pages

Tuesday, February 28, 2012

wahai anak

wahai anak,
sebelum kelahiranmu
telah ku bacakan kau
sepotong ayat Al-Quran
menjadi irama
di kala kau berada dalam perut ibu mu
lagu dan dendanganmu
hanyalah ayat-ayat suci..

wahai anak,
di saat kelahiranmu
lidah ibu mu tidak henti-henti
menyebut kesakitan
tetapi di dalam hati
doa lah yang menjadi iringan...

wahai anak,
di saat-saat kau di lahirkan
tiada lagi suara kedengaran
hanya keinginan ibu mu
mahu mendengar tangisanmu
segala penat dan kesakitan
gugur menyentuh bumi
hilang dalam jasad
wajahmu kemerahan
menjadi tatapan ayah ibu..

wahai anak,
sesudah kau dilahirkan ke dunia
suara ayahmu menusuk di telingamu
mengalunkan irama dan lagu
tidak sedikit pun kau fahami
tapi kau mengerti akan ayat itu
kalimah Allah yang menjadikanmu
lalu kau terdiam dari tangisan
melihat wajah ayahmu...

wahai anak,
sebelum kau meniti liku-liku hidup ini
sebelum kau menghirup air dunia
terlebih dulu kau menyusu takungan milikmu
agar menjadi darah daging
agar kau sihat sejahtera
jauh dari kelaparan, kehausan dan penyakit...

wahai anakku,
kelak kau dewasa
ingatlah pesan ayah ibu
jadilah manusia yang bertamadun
mengingati asal usulmu
dari seketul darah
lalu Allah balutmu dengan 7 jenis tanah
bila sudah tiba masa
rohmu ditiup ke jasad
apabila saat kau sudah tiba
kau bisa melihat dunia
dunia penuh pancaroba...

wahai anakku,
ingat pesan ibumu
jadilah anak yang taat pada ibu bapa
taatlah dikau kepada Maha Esa
tuntutlah ilmu sehingga kau temui ajal
tetapi jangan lah dikau sekalipun mendongak ke langit
kerana asalmu dari tanah...


Wednesday, February 22, 2012

rindu...

da lebih 2 tahun tak post ape2 pon dlm blog sye ni...sye pon da setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan saya. kebanyakan sahabat2 terkajut dan xpercaya saya akan berkahwin awal. di blog2 yang lepas menceritakan bahawa saya xtahu nk pilih antara continue study or berkahwin.. but mne2 pon memberi kita pahala jika kita kerjakan dengan sempurna.



3.2kg semasa dilahirkan


tanggal 16 jun 2011 saya melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama MURSYIDAH AISYAH. gelarannya diberi oleh ayahnya. semasa dalam kandungan saye belum bersedia untuk letak ape2 nama sbbnye xpasti jantina yang diberitahu doktor sewaktu scan. kata org xelok pilih nama anak sebelum kelahirannya.

sepanjang 9 bulan saya mengandungkannya, ada juga alahan seperti morning sickness yang biasa di hadapi oleh ibu2 mengandung. tetapi selepas 4 bulan keadaan adalah seperti biasa dan saya juga xboleh bau ayam goreng xkira la KFC punye ke bubur ayam punye ke.tapi sempat juga mkn di mcD


pada 15 jun 2011 genap 3.30 pagi, saya rse perut sye ni mengeras dan terasa sakit sangat.rupe2nye darah bercampur cecair dah keluar. saya dan suami bergegas ke hospital untuk membuat pemeriksaan. saya di tahan di wad.


semasa dalam wad, saya xsenang duduk dan nurse suruh saya kire rse sakit tu selang berapa lama. tepat 9 mlm saya rasa sakit sgt lalu ditolak masuk ke labor room. tak sampai setengah jam duduk di labor room saya rasa dah nak bersalin. jam 9.50mlm saya selamat bersalin. saya sangat bersyukur dan penat saya hilang setelah melihat wajah anak saya.


syida berusia 3 bulan..




syida berusia 5 bulan..