Pages

Monday, June 25, 2012

senarai barang-barang nak ke asrama atau kolej

hai....
hari ni saya nak kongsi sesuatu...
kalau kita nak pergi sesuatu tempat apa yang perlu kita bawa??
tapi hari ni saya nak kongsi list barang yang perlu di bawa jika kita nak masuk asrama, kolej, atau hostel...
tak kira la asrama sekolah, kolej jururawat ke...list ini sangat perlu....

1. cadar dan sarung bantal (kalau perlu bawa bantal sendiri, bawalah)
2. baju dan seluar sukan (sekurangnya 2 pasang)
3. kasut hitam, putih, dan kasut sukan
4. baju kurung (kalau boley lebih 7 pasang sebab kene selalu tukar)
5. baldi dan gayong
6. hanger untuk sidai kain.
7. sabun basuh baju, shampoo, berus gigi, ubat gigi dan barang mandian lain.
8. baju kecik, seluar kecik dan pakaian dalam yang lain.
9. alat-alat tulis untuk menulis dan yang sewaktu dengannya.
10. barang makanan seperti biskut, air 3in1 dan sebagainya.
11. alatan sudu, garfu, pinggan, dan cawan.(penting ni kalau nak study malam2 buat air, makan megi) hehehe
12. tudung dan anak tudung, stokin.

banyakkan?? tp tu baru sikit..yang dok dalam kepala ni lagi ada banyak...cume xley la nak list terlalu terperinci sbb takut tak sama jek nnt...yang lain-lain barang kalau nak bawa, bawalah...jangan bawa 1 rumah sudah...hehe ok itu saja...selamat maju jaya!!! Wassalam....

7 Hari Lagi.........

assalamualaikum.....
selamat pagi semua...masa tulis entri nih waktu pagi jam 10 lebih...
hari ni nak saya nak post sesuatu yang menarik dan menggembirakan hati saya...yela kata org sharing is caring...tapi yang sedihnye kemungkinan tak dapat nak update selalu la blog saya ni....
buat kawan2 yang masih tidak mengetahui, tanggal 2 julai nnt saya dah post diri saya ke kuantan...
sebabnye???
saya dapat belajar nursing kt sana under government...so, untuk tidak melepaskan peluang kali kedua ni saya pergi jugak meninggalkan anak, suami dan bonda tercinta....
buktinya??
xdapat nak tunjuk bukti la...hehe tapi yang pastinya memang saya akan ke sana...meninggalkan wajah comel anak saya....my lil princess Mursyidah Aisyah....ibu rindu dengan Dida nanti....rindu anak lebih dari rindu babah Dida...ok la nak mempacking barang...semoga kerja ku mudah...aminnn...


Monday, June 4, 2012

Ayam 3 Rasa

Resepi: Ayam 3 Rasa

bahan-bahannya:-

isi ayam - potong dadu (digaul dgn garam dan lada sulah)
2 ulas bwg putih
1 buku bwg merah
1 cm halia
5 btg cili padi (jika suka pedas boley lebih)
1 batang saderi - dipotong nipis
1 c.b sos tomato
2 c.b sos cili
1 c.b sos tiram
1 c.b cuka
sedikit garam

1. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. angkat dan ketepikan.
2. tumbuk bwg putih, bwg merah, halia dan cili padi.
3. tumiskan bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan garam sedikit.
4. masukkan bahan sos bersama cuka ke dalam kuali. tuang sedikit air bahan tumbuk.
5. masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. akhir sekali masukkan batang saderi.
6. masak sehingga ayam betul-betul masak. tabur sedikit daun sup jika suka. sedia dihidang.

Kangkung Kampung Goreng

Resepi: Kangkung Kampung Goreng

seikat kangkung kampung
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
sedikit ikan bilis
sedikit garam dan perasa

1. tumbuk halus bwg merah, bwg putih dan ikan bilis..
2. panaskan minyak. masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk td.
3. goreng hingga naik bau. masukkan garam dan perisa. kemudian masukkan kangkung kampung td. sebelum masukkan pastikan kangkung tersebut telah dicuci bersih..
4. masukkan sedikit air jika suka.
5. masak sehingga lecuh sedikit. bila sudah masak boleh la mkn bersama nasi panas...
Monday, March 19, 2012

like father like daughter

salam...hai semua...sihat x hari ni??
hari ni saya nak cerita tentang anak saya yang kebanyakan anggota, rupa ikut ayah nya....
mari kita lihat gambar disebelah:-

1. mata - frame mata anak saya seperti ayahnya iaitu sepet dan bulu mata nya panjang lebih kurang 0.5 cm.. biji matanya ikut saya..hehe (ayahnya yang kata)

2. alis - juga seperti ayahnya. bentuk nya seakan ayahnya tapi tidak selebat ayahnya. nipis seperti saya.

3. rambut - frame rambut anak saya seperti ayahnya yang mempunyai rambut yang banyak ditepi telinga. tapi helaian rambutnya seperti saya..lembut gitu..kalau ikut rambut ayahnya kasar tapi rambut anak saya lembut..

4. kaki dan tangan - mmg seperti ayahnya..

lebih 50% anak saya ikut ayahnya...hehe ok la saya off post saya dulu...next time we'll see again k!!
salam...
Tuesday, March 13, 2012

lempeng bersame kari

salam sume!!
hari ni saya bersarapan lempeng bersama kari....
pagi-pagi lagi da kene perli dengan mak " mana lempeng hari ni? da siap ke belum?"
saya hanya tersengih jek..almaklum terlambat bangun...

ok first sekali nk buatnya:

lempeng (pancake)
sebiji telur
tepung gandum
sedikit garam
air biasa

1. campur sume bahan ni dan jadikan batter cair tp jgn terlampau cair dan jgn terlampau pekat tau...
-- kalau cair sgt nnt xley nk palingkan...kalau pekat nnt beku kt atas kuali pan tu...
2. then panaskan kuali pan..dan letak minyak sedikit...ratakan minyak.
3. masukkan sesenduk batter ke dalam kuali pan dan tutup dengan penutup.
4 biarkan seminit. kemudian paling dan biarkan sampai masak.

sedia untuk dihidang bersama kari...
xde gambar nak upload sbb semua da masuk dalam perut...hehehe

sekian........
Saturday, March 10, 2012

bulan perkahwinan

hai!!!
bertemu kembali kita pada hari ini... ape yang best hari ni nak cter ialah pasal kahwin... bulan ni je ade la dalam 10 buah rumah saya kne dapat kad jemputan... awal2 lagi da dapat surat saman...hehehe.. tp sesudah ditapis hanya 1 buah rumah je dapat saya raikan... saya tak nak la mention siapa orangnye..

walaupon xdapat hadir but i want to wish to my lovely lecturer Puan Fadzilah Md Kassim, semoga perkahwinan miss bahagia hingga ke jannatul firdaus dan di limpahi rezeki dan anak yang ramai...hee

untuk kawan-kawan skolah saya, kak laila izwin and syed mohd idros... wishing ur both wedding will go far until jannah...

ish best plak rasenye kahwin konvoi nih...hahaha cantik plak bahase saya...ye la yang tarikh sama kira konvoi hari...tp kalau kahwin same bulan dipanggil konvoi jugak...ape2 pon saya ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU pada semua pengantin yang nikah pada bulan march ni...

sekian......


..my lecturer Didee Casseem and her husband..
Sunday, March 4, 2012

cucur sosej


emm ape kate saya kongsi satu resepi yang org akan kata resepi biasa tapi saya bru 1st time buat resepi ni...sje je nk try ubah sikit-sikit...

Cucur Sosej

bahan-bahan:

tepung gandum
bawang besar
kentang
ikan bilis
sosej
sedikt garam dan perasa
air panas

cara-cara membuatnya:

1. bawang besar, kentang dan sosej dipotong dadu. ikan bilis ditumbuk.
2. panaskan minyak.
3. masukkan tepung gandum ke dalam bahan yang telah dipotong tadi. tambah perisa dan garam secukup rasa.
4. tuang air panas ke dalam adunan. kacau sehingga tepung menyaluti bahan-bahan tadi. jangan terlalu cair.
5. masukkan sedikit-sedikit ke dalam minyak menggunakan sudu ataupon tangan.
6. masak sehingga kekuningan. angkat dan hidang.

kebiasaan orang akan campur dengan baking powder.tapi cara saya guna air panas supaya lagi lembut jemput-jemput (cucur) tersebut walaupun sejuk.


Thursday, March 1, 2012

basketball.....ahh this feeling come again!!

"lepas mail pergi keje, kau pergi la jogging sana" kata Puan Samilah kepada saya..

'betul jugak' getus hati.. lama dah tak berjogging, bersukan dan beraktiviti lasak... apa kata after bersalin ni saya aktif semula..

after bersalin otak ni pening mcm mana nak dapat kan semula bentuk badan.. mkn xbyk tapi berat xturun jugak..walaupun da byk bende saya baca tentang cara-cara turun kan berat badan malah ini jugak yang saya dapat..

nak kata tak bersemangat nak jogging tu tak jugak sbb da pasang angan-angan nak bersenam lepas bersalin..berkobar-kobar jugak nak buat tp xde kawan tu yang menjadi masalah besar...

dulu, masa di UiTM suka sangat petang-petang join kt court basketball main basketball ngn guys uitm..tp after married nak berkawan ngn guys pon malu..saya sangat rindukan kawan-kawan basketball saya...

i want to be like before...but at the same time i can do my work as a housewife..emm saya nekad la lepas ni nak beli bola untuk main bball..pastu saya jogging then pergi kat court bball berdekatan thennn lepaskan gian...hahaha

saya nak buat press conference...i'm addicted to play basketball...ahhhh when this feeling come, i don't know how to solve it...i'll become excited to play basketball...oh God, please help me..hopefully i can join again in this sport..
Tuesday, February 28, 2012

wahai anak

wahai anak,
sebelum kelahiranmu
telah ku bacakan kau
sepotong ayat Al-Quran
menjadi irama
di kala kau berada dalam perut ibu mu
lagu dan dendanganmu
hanyalah ayat-ayat suci..

wahai anak,
di saat kelahiranmu
lidah ibu mu tidak henti-henti
menyebut kesakitan
tetapi di dalam hati
doa lah yang menjadi iringan...

wahai anak,
di saat-saat kau di lahirkan
tiada lagi suara kedengaran
hanya keinginan ibu mu
mahu mendengar tangisanmu
segala penat dan kesakitan
gugur menyentuh bumi
hilang dalam jasad
wajahmu kemerahan
menjadi tatapan ayah ibu..

wahai anak,
sesudah kau dilahirkan ke dunia
suara ayahmu menusuk di telingamu
mengalunkan irama dan lagu
tidak sedikit pun kau fahami
tapi kau mengerti akan ayat itu
kalimah Allah yang menjadikanmu
lalu kau terdiam dari tangisan
melihat wajah ayahmu...

wahai anak,
sebelum kau meniti liku-liku hidup ini
sebelum kau menghirup air dunia
terlebih dulu kau menyusu takungan milikmu
agar menjadi darah daging
agar kau sihat sejahtera
jauh dari kelaparan, kehausan dan penyakit...

wahai anakku,
kelak kau dewasa
ingatlah pesan ayah ibu
jadilah manusia yang bertamadun
mengingati asal usulmu
dari seketul darah
lalu Allah balutmu dengan 7 jenis tanah
bila sudah tiba masa
rohmu ditiup ke jasad
apabila saat kau sudah tiba
kau bisa melihat dunia
dunia penuh pancaroba...

wahai anakku,
ingat pesan ibumu
jadilah anak yang taat pada ibu bapa
taatlah dikau kepada Maha Esa
tuntutlah ilmu sehingga kau temui ajal
tetapi jangan lah dikau sekalipun mendongak ke langit
kerana asalmu dari tanah...


Wednesday, February 22, 2012

rindu...

da lebih 2 tahun tak post ape2 pon dlm blog sye ni...sye pon da setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan saya. kebanyakan sahabat2 terkajut dan xpercaya saya akan berkahwin awal. di blog2 yang lepas menceritakan bahawa saya xtahu nk pilih antara continue study or berkahwin.. but mne2 pon memberi kita pahala jika kita kerjakan dengan sempurna.



3.2kg semasa dilahirkan


tanggal 16 jun 2011 saya melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama MURSYIDAH AISYAH. gelarannya diberi oleh ayahnya. semasa dalam kandungan saye belum bersedia untuk letak ape2 nama sbbnye xpasti jantina yang diberitahu doktor sewaktu scan. kata org xelok pilih nama anak sebelum kelahirannya.

sepanjang 9 bulan saya mengandungkannya, ada juga alahan seperti morning sickness yang biasa di hadapi oleh ibu2 mengandung. tetapi selepas 4 bulan keadaan adalah seperti biasa dan saya juga xboleh bau ayam goreng xkira la KFC punye ke bubur ayam punye ke.tapi sempat juga mkn di mcD


pada 15 jun 2011 genap 3.30 pagi, saya rse perut sye ni mengeras dan terasa sakit sangat.rupe2nye darah bercampur cecair dah keluar. saya dan suami bergegas ke hospital untuk membuat pemeriksaan. saya di tahan di wad.


semasa dalam wad, saya xsenang duduk dan nurse suruh saya kire rse sakit tu selang berapa lama. tepat 9 mlm saya rasa sakit sgt lalu ditolak masuk ke labor room. tak sampai setengah jam duduk di labor room saya rasa dah nak bersalin. jam 9.50mlm saya selamat bersalin. saya sangat bersyukur dan penat saya hilang setelah melihat wajah anak saya.


syida berusia 3 bulan..




syida berusia 5 bulan..