Pages

Tuesday, January 20, 2009

poyo la dorg!!!

bengang tak bengang la aku bile fikir balik pasal sume ni. ade ke patut dorg kne kan aku ngn berondong tu lagi..aku bkn xsuke cume aku da boring jd bhn uji kaji dorg..bkn setakat uji kaji lebih bagus jadi bahan dorg nk cter.kdg-kdg aku kdg-kdg dak yang len tp lebih byk aku la.lagi-lagi kalu dak berondong tu ade kt court.bengang seh...tapi nasib la dia hensem, xde la aku nak bengang sgt.kdg-kdg aku kne kan dia dgn sorg dak pmpuan ni coz dia slalu kacau dak ni.haha...
mcm tadi xpasal-pasal aku kne ngn si sengal sorg ni.da la aku suke kat dia, dia bley plak kne kan aku ngn si berondong ni. poyo!!! jerit aku dlm hati..kdg-kdg dia kne gak sebijik bola kt badan dia dari balingan aku yang agak2 handal jgk ikot time la..tapi kan td dia ade gak pndg aku..siapa?? dak yang aku ske tu r.. aku xtau la dia pndg aku ke pndg dak ragbi ke.aku tgk je la kat dia..tapi kan bile aku pndg dia npe aku xrse pape.. ok la aku rse aku setakat suke dia je bkn cintakan dia. huhuhu..b4 tu dia dtg awal..dpt gak la dia ajar aku cara nak free throw yang betul tp aku xley la nak improve..aku still ngn cre aku..hehe..akhirnye dia ajar aku gak coz dlu dia poyo kata dia dpt melaka..mmg la setan..bkn transfer melaka pon.jmpe awek dia ntah2..emm aku pon da xkisah dia nak tipu ke ape. sbb aku cye dia mmg stdy kt sgmt lg n insya Allah moga2 aku dpt sni gak..ley la dia ajar aku lg..dia tu mmg xkedekut ilmu tp bile ade mbe seangkatan dia, dia mcm poyo sket..bkn sket tp byk la jgk..kdg2 nyampah pon ade cme perasaan suke kt dia tu je mengubah pandangan aku sket kt dia..hahaha...aku nak tnjuk dak tu tp xley la coz ni rahsia diri aku sndiri je..dia ade dlm blog nih cme korg kne pndai2 tgk la...k nite2..tdo la aku mimpikan dia..hahahha..ske2..salam....
Saturday, January 17, 2009

cerpen: gorilla...i love you

Pagi itu aku duduk sendiri sambil memeluk lutut ku di hujung penjuru diluar rumah ku. Bukan aku sengaja nak duduk kat penjuru diluar rumah tapi aku saja nak jauhkan diriku dari pengetahuan family ku. Udara segar pagi itu ku hirup sedalamnya bagi menyegarkan pagi ku yang hari ni agak lemas dan lemah. Mana tidaknya, kejadian semalam masih menjadi igauan dalam tidurku sampai aku tak mampu untuk melelapkan mata. Memang teruk! Rungut ku sendiri. Memalukan! Marah ku pada diri.

*************************************

“Kau ni kenapa? Ada masalah dengan aku ke? Ataupun kau memang dah giler? Kau ingat kau senior aku takut?” marah ku pada lelaki dihadapan aku. Sengaja cari pasal. Kau ingat kau pengawas, kau ade kuasa kau da bagus sangat? Lebihan marahku, ku sembur dalam hati. Kalau ikutkan hati memang dah lama aku sepak mulut dia ni. Dia ingat aku takut la.

“Aku tau kau tak takut sebab kau ni memang berani. Tapi keberanian kau ni dah melampau. Baru form 3 dah kurang ajar. Kau ingat tahun ni kau nak PMR tau. Aku boleh doakan kau apa saja yang aku nak. Kalau aku mintak kau gagal pon boleh,” balas Shazmir, selaku ketua pengawas sekolahnya itu. Dia tahu tindakannya itu tidak salah bagi pelajar yang kurang asam macam kes si perempuan ni. Muka je lawa tapi kurang ajar. Sempat jugak dia memuji dalam kutukannya itu.

“Eh kau pun kena ingat yang kau nak SPM. Jadi bukan kau je boleh doakan aku macam tu. Aku pun boleh la,” tanpa rasa takut aku balas balik apa yang dia kata kat aku. Aku pun rasa tak salah kalau aku lawan kata-kata dia. Dia bukan mak ayah aku pon.

“Dah la. Ketepi!” aku tolak dia yang sebelum ni menghalang perjalanan aku. Aku tak tahu macam mana tolakan aku boleh sekuat itu, dia jatuh terduduk. Badan dia bukan la besar mana. Tapi macam mana dia boleh jatuh? Perut ku sudah sakit menahan gelak. Dia bangun dengan muka yang merah lalu dia tolak aku. Aku terjatuh. Baju ku dan buku yang ku pegang jatuh ke rumput yang penuh dengan lumpur.

Dia berdiri didepan aku sambil memegang perutnya dan gelak. Aku bengang dengan dia lalu berlari ke bilik air. Apsal semua ni terjadi pada aku? Aku menangis sepuas hati aku. Memang bodoh la aku ni. Aku marah diri aku sendiri. Satu hari aku duduk dalam bilik air, tak masuk kelas. Salah ke kalau aku lalu rumput tu? Dan salah aku ke tanpa sengaja menolak dia?

Sampai rumah je aku kene bebel dengan mak aku. Mak aku ingat aku pergi sekolah main lumpur agaknya. Mana taknye, pergi elok je cantik molek. Bila balik rumah selekehnya dengan baju terkena lumpur, buku-buku aku semuanya kotor. Nanti mula la si minah mulut tercabut ekor tu sindir aku. Siapa lagi kalau bukan Noraini Ahmad tu. Amboi sampai boleh ingat nama penuh dia.

*******************************************

“Apsal dengan buku kau ni?” tegur Aini di suatu pagi yang suram. Saja la tu nak start bual. Dia da tau muka aku yang bengang lagi mencuka ni lagi dia nak tanya kenapa dengan buku aku. Tanya tuan punya badan dulu. Karang aku jawab lu pikir la sendiri, dia jugak yang bengang.

“Tak ada apa la. Yang kau sibuk-sibuk tanya ni kenapa? Da tak ada kerja lain ke?” balas ku dengan nada agak-agak nak marah tapi ku tahan je. Ye la siapa la yang tak marah. Lagi-lagi si mulut becok ni. Asal ade benda lain pada diri aku je mesti dia jadikan aku bahan topik dia and the geng. Bengang…bengang.

“Ala tanya pun tak boleh ke? Semalam kecoh giler pasal kau kena tolak dengan abang Amir kat depan sekolah. Lepas tu kau pergi mana ek?” Aini cuba mengorek rahsia. Dengan muka ku yang toye aku pun pergi je macam tu. Tinggalkan dia dengan muka berkerut dan tak puas hati tu.

Minah ni memang kecoh. Tu la tabiat budak-budak sekolah macam dia. Suka sangat bergosip. Eh aku bukan budak sekolah ke? Cuma penulis citer ni je da abis sekolah. Berbalik pada dia tu tadi, aku malas nak bukak citer. Karang lagi la bertambah kecoh. Yang aku pelik tu kenapa aku jadi bahan gossip sekolah? Nak kata aku popular, tak. Nak kata aku cantik, boleh tahan la. Perasan..

Aku berjalan keliling sekolah tanpa tujuan. Mana la kaki aku nak bawak aku ni. Pandangan mataku ku alihkan ke bawah. Mak kata jalan pandang bawah. Ye la aku ikot je la. Tiba-tiba je satu makhluk yang aku rasa macam kingkong melanggar aku. Aku jatuh terjelopok. Hai, jatuh lagi!

“Eh, sori-sori. Saya nak cepat ni tumpang lalu yek!” Shazmir mohon maaf. Dia benar-benar tak perasan ada orang di hadapannya.

“Senang-senang nak mintak maaf je mana boleh. Oh kau! Tak puas hati ke dah jatuhkan aku hari tu pastu nak jatuhkan aku lagi? Konon tak sengaja,” balas ku bila aku tau si gorilla ni kat depan aku. Dia rupanya yang langgar aku. Patut la tulang aku ni da rasa macam nak tercabut je.

“La si kering kurang asam lagi garang ni. Aku ingat kan perempuan hodoh mana tadi,” balasnya sambil kutuk aku yang memang cantik ni. Sengaja dia tekankan word hodoh tu kat depan aku. Kureng……

“Hodoh ke tak ke aku tak peduli. Aku tak nak maafkan kau. Huh!” kataku lalu meninggalkan dia. Aku tak tahu la apa yang dia fikirkan.

**************************************************

Tujuh bulan berlalu macam tu je tanpa aku terserempak dengan dia. Korang tak tahu ke sapa. Siapa lagi kalau bukan si gorilla tu, Shazmir. Aku bukan la terfikir kan dia secara sengaja tapi secara tiba-tiba. Last aku jumpa dia masa babak langgar melanggar tu. Aku ni di kategorikan budak bermasalah. Tapi bukan masalah dalam akademik ataupon peraturan sekolah. Cuma aku bermasalah dengan mamat gorilla ni sorang. Aku tak tahu kenapa aku sengaja sakitkan hati dia dengan memijak rumput sekolah. Dia tahu aku selalu buat dia sakit hati sebab tu dia da lama aim aku. Oleh kerana tu aku selalu je gaduh dengan dia. Pulak tu dia paling popular walaupun tak padan dengan badan dia yang macam gorilla tu.

“Abang Amir pindah sekolah ke?” tanya minah kecoh ni. Adoi, tak abis-abis la minah ni. Sibuk je datang kat meja aku. Kecoh je memanjang.

“Eh ade pulak tanya aku. Mana la aku tau. Kau kan minah gossip a.k.a melodi sekolah ni. Kau pergi la terjah mana-mana orang yang rapat dengan dia,” balas ku tanpa melihat muka minah kecoh ni. Sibuk je. Tapi dalam hati aku dia tak tahu betapa terkejut beruknya aku bila aku tau dia pindah sekolah. Ceh, sikit pun tak nak bagi tau aku. Mana pulak nak bagi tau, dah aku bermusuh dengan dia. Memang tak de makna dia nak bagi tahu.

“Dah la aku nak baca buku ni. PMR pun da nak dekat ni. Tinggal sebulan je lagi. Kau pergi la baca buku. Eh, lupa pulak kau mana ada baca buku. Kau baca majalah yang ade gossip-gosip je kan. Lupa pulak aku,” sindir ku pedas pada Aini. Air mukanya ku lihat berubah. Lalu dia pergi meninggalkan meja aku.

*******************************************

Zaman sekolah sudah lama ku tinggalkan. Hampir 10 tahun lamanya. Si minah kecoh Noraini Ahmad, ceh masih ingat lagi nama dia tu dah jadi wartawan Melodi dan sudah mendirikan rumahtangga dengan salah seorang jurukamera yang bekerja sama tempat dengannya. Aku je masih single but not available. Not available? Sapa yang aku tunggu? Jeng,jeng,jeng….entah aku pon tak tahu.

Aku pulak sekarang masih lagi sambung pengajian aku peringkat master dalam bisnes. Aku terfikir bila aku dah abis pengajian aku, aku nak bukak restaurant fast food kat Malaysia ni. Aku nak jadikan restaurant aku macam restaurant fastfood yang lain macam KFC and McD. Aku nak bagi nama restaurant aku Kluang Sausage Restaurant. Sempena nama tempat lahir aku, Kluang.

Aku duduk di suatu tempat di sebuah restoran terkemuka sambil menunggu si Aini, minah kecoh zaman sekolah. Dari jauh ku perhatikan ada seorang mamat yang agak hensem melihat ke arah ku. Aku menoleh ke belakang dan cuba mengagak yang mamat tu memandang orang lain.

“Kau pandang sapa tu? Oh, da pandai cuci mata ek?” teka Aini yang tiba-tiba dah ada kat depan aku. Ah, masih macam dulu. Suka sibuk. Apa-apa pun dia da jadi bestfren aku lepas aku sindir pedas kat dia dulu.

“Tak ada sapa la. Kau bila pulak terpacak kat depan aku ni? Tak nampak pon kelibat kau tadi,” tanya ku kehairanan sambil membetulkan tudung ku yang agak dari tadi sudah ke depan sedikit.

“Aku perhatikan kau dari tadi. Cuma kau tak perasankan aku je,” balas Aini yang sudah duduk menghadap aku.

“Hah ada apa nak jumpa aku? Penting sangat ke?” tanya ku tidak sabar nak tau apa yang Aini nak khabarkan. Tentang si gorilla tu ke? Eh aku ni, ke situ pulak. Bicara aku dalam hati.

“Rileks lah dulu. Sebelum tu kau tahu tak napa kau dulu jadi bahan gossip kitorang?” tanya Aini tanpa membalas persoalan aku tadi. Aku menggeleng. Nampak sangat aku ni katak yang asyik sangat duduk bawah tempurung sebab tu kurus sebab dah jadi katak yang tak dapat makan lalat.

“Kau ingat Abang Amir? Ala yang kau panggil gorilla tu,”tanya Aini. Aku mengangguk.

“Dia sebenarnya dulu suka kat kau. Tapi kau tu yang garang sangat. Kau ingat yang kau kena tolak dulu sampai baju kau kotor? Dia sebenarnya tak sengaja nak tolak kau. Dia ingatkan dia tolak kau perlahan tapi tak sangka kau boleh jatuh. Lepas tu dia gelak kat kau tu, pura-pura aja. Sebab nak sakitkan hati kau,” jelas Aini panjang. Aku tercengang mendengar ape yang di sampaikan oleh Aini. Betol ke? Ke dia ni tak betul? Ke aku yang tak betul sekarang?

“Lagi satu masa dia terlanggar kau kat belakang blok sekolah tu sebenarnya dia da nampak kau dari jauh dan dia sengaja langgar sebab dia nak tengok kau buat kali terakhir. Then, dia pindah sekolah sebab ikot ayah dia pindah tempat kerja. Dia tak sempat nak bagitau kau. Sebab tu dengan tiba-tiba aku cakap kau kenapa abang Amir pindah sekolah. Aku juz nak bagi tahu kau je. Dan kau nak tahu sesuatu?” tanya Aini tiba-tiba lepas dia cerita panjang lebar.

“Apa dia?”

“Abang Amir tu sebenarnya sepupu aku. Aku bukan sengaja nak jadi minah kecoh tapi abang Amir yang nak tahu sangat pasal kau. Sorry,” akhirnya ade jugak kata maaf yang aku dengar dari mulut si Aini ni. Kalau tak da lama aku cubit minah ni. Aku dah kurang garang macam dulu-dulu.

“Assalamualaikum,” seorang lelaki menghampiri kami. Aku terkedu. Ni bukan lelaki tadi ke? Lelaki yang pandang kat aku tu. Ada apa dia datang sini? Aku menundukkan pandangan aku ke bawah.

“Waalaikumsalam,” jawab Aini sambil tersengih-sengih. Gatal jugak minah ni aku tengok. Weh, kau kan da kahwin. Jerit ku dalam hati.

“Boleh saya duduk sini?” tunjuk lelaki itu pada kerusi mewah yang kosong di sebelah aku.

“Boleh. Sila la duduk,” pelawa Aini tanpa bertanya pada aku. Muka ku da memerah tanda malu. Poyo punya Aini.

“Nur Fazrin Aliya bt Saiful..” panggil lelaki itu. eh tu kan nama aku. Macam mana dia boleh tau nama aku? Ish aku ni berangan. Nama ku di panggil untuk kali kedua. Aku mengangkat kepala lalu mataku terpaut ke matanya. Macam aku kenal mata tu.

“Kenapa dah malu sekarang?” tanyanya pada aku. Dahi ku berkerut. Aku tak faham. Kepala aku tiba-tiba pusing dan akhirnya aku rebah. Aku da tak tahu apa berlaku.

**************************************

“Sayang… buat apa tu? Jauh nye termenung. Ingatkan zaman-zaman sekolah ke?” tanya suamiku sambil merangkul pinggang ku. Damai ku rasakan.

“Tak lah. Cuma Rin terfikir sapa yang angkat Rin masa Rin pengsan dulu,” luah ku pada Shazmir yang kini sah menjadi suamiku.

“Entah la sayang…sayang rasa siapa?” tanya pada ku semula. Aku pusing dan melihat wajahnya.

“Abang kot,” jawabku dengan tak yakin. Aku lihat dia tersenyum-senyum.

“Yela abang tapi abang tak dukung tau. Abang seret sayang…hehe,” katanya pada ku. Muka ku berubah.

“Ala abang gurau je la. Memang abang yang dukung sayang. Kalau tak percaya tanya Aini,” pujuk suamiku.

“Abang macam mana abang boleh kurus?” tanya ku dengan tiba-tiba. Tangannya beralih ke tangan ku lalu dikucupnya. Hati ku sangat sejuk diperlakukan begitu.

“Tu rahsia tapi satu je abang kurus sebab abang tau dulu sayang panggil abang gorilla. Sebab tu abang tak nak jadi gemuk. Sayang, nak panggil abang gorilla lagi tak?” tanya Shazmir kepada aku. Aku leraikan tangannya dan aku jarakkan diri dia dengan aku lalu mengangguk.

“Tapi gorilla dulu dengan sekarang lain. Gorilla dulu comel tapi sekarang hensem..hehe” kataku sambil tersenyum padanya.

“Senyuman sayang la buat abang terpikat masa pertama kali kita terserempak,” dia merangkul ku dengan lebih kemas.

“I love you” bisiknya ke telinga ku.

‘I love you too my gorilla’ bisik ku dalam hati. Lalu ku membalas pelukannya dalam kedinginan malam.

P/S: Penulisan cerpen saya yang pertama. Sila lah komen dan beri tunjuk ajar.

novel pertama ku:saat kucinta kamu 2

Bab 2
Tepat jarum jam menunjukkan pukul 1.10 petang, loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan sesi pagi. Semua pelajar petang beratur untuk masuk ke kelas dan pelajar pagi beredar untuk pulang. Hanya yang tinggal pelajar tingkatan 5 dan 3 sahaja kerana selepas ini mereka ada kelas tambahan bagi subjek tertentu. Bagi Farah, dia punya satu agenda dengan Ina di sebelah petang ini. Mereka ingin berjumpa dengan Cikgu Laila, coach bola baling kerana mahu menjelaskan yang mereka tidak boleh menghadiri latihan petang ni.
Setelah puas menunggu akhirnya Cikgu Laila muncul. Berjalan menuju ke arah mereka sambil memegang sebatang rotan. Memang garang Cikgu Laila ni pada luarannya tapi dalamannya dia agak sensitif. “Cikgu, petang ni kami tak boleh datanglah cikgu. Kami ada hal lain yang perlu diuruskan. Boleh tak cikgu?” tanya Farah yang agak rapat dengan Cikgu Laila.
“Boleh tapi hari ni je ye. Esok kamu dikehendaki hadir. Ok?!” balas Cikgu Laila. Dia memang seorang guru yang boleh consider dengan para pelajarnya asalkan alasan mereka tu kukuh dan logik. Tapi baginya Farah dan Ina adalah anak didiknya yang tak pernah tak datang latihan. Jadi tanpa alasan yang logik pun dia boleh bagi kelonggaran.
“Terima kasih, cikgu!” kata Farah dan Ina sambil mengangguk tanda mereka setuju bahawa mereka kena hadir pada keesokan harinya. “Dan jangan lupa esok pagi ada latihan seperti biasa sebab perlawanan kita dianjakkan ke hadapan beberapa hari. Cikgu tak pasti tapi nanti cikgu bagi tau bila tarikh dan harinya. Dan esok juga kita akan berlatih dengan budak lelaki sekali. Cikgu nak kamu menentang pasukan lelaki. Boleh?” kata Cikgu Laila. Mereka mengangguk serentak sambil tersenyum.
“Tapi cikgu pasukan lelaki tak berlatih lagi dan pemainnya pun kami tak kenal. Kami ingatkan tak wujud pasukan lelaki ni,” kata Farah sambil mengerutkan dahinya. “Erm, kamu jangan tak tahu yang sekolah kita pernah dapat juara untuk bola baling lelaki bawah 18 tau. Cuma mereka ‘direhatkan’ sementara waktu je. Pemainnya kamu akan kenal nanti,” balas Cikgu Laila sambil tersenyum dengan penuh makna.
Dia tahu pelajarnya itu tidak mengetahui kewujudan pasukan lelaki kerana pasukan lelaki telah digantung beberapa tahun yang lalu akibat kekasaran seorang pemain ke atas jurulatih mereka. Pergantungan mereka mendapat tentangan yang cukup hebat dari para pemain. Mereka inginkan semula pasukan bola baling lelaki dan akhirnya mereka dapat semula. Pelajar yang berkasar dengan jurulatih tu telah tamat persekolahannya 2 tahun lepas. Jadi pelajar perempuan tidak kenal siapa pelajar itu dan perkara itu mesti dirahsiakan.
Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya model Nokia 5300 berbunyi. Lagu ‘Aku Pencintamu’ nyanyin Felix itu berkumandang sekali lagi. Tanpa melengahkan masa dia berlari menaiki anak tangga lalu mencapai telefonnya itu. “Hello,” jawab Zafuan tergesa-gesa. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan penatnya yang belum hilang lagi.
“Ok, esok aku turun tapi pukul berapa? Aku bukannya apa. Aku tak berapa retilah nak main. Kalau silat nak buka langkah aku pandailah. Nak main permainan ni aku leceh sikitlah. Kau tolong ajar akulah nanti ye,” kata Zafuan. Tak lama kemudian dia mematikan telefonnya lalu menggaru kepala. ‘Lawan dengan budak perempuan?’ getus hatinya seorang diri. Dia seakan risau dengan perlawanan tersebut, bukan risau kerana dirinya tidak pandai bermain tapi risau yang dia akan berlawan dengan pasukan Farah. Gadis itu berjaya membuatkan jantungnya berdebar-debar dan fikirannya bercelaru. Dia bangun lalu menuju ke bilik air dan mempersiapkan dirinya untuk bertemu Yang Maha Esa.
Setelah selesai solat dia menuruni tangga dan pergi ke dapur. Dilihat ibunya sedang sibuk masak, lalu dia ke singki sambil membasuh bekas-bekas yang telah digunakan. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi sebelah ibunya, direnung wajah ibunya dan dia pun menarik nafas dalam lalu menghembuskan nafasnya yang sarat dengan hajat di hati.
“Kenapa abang tenung mak macam tu? Ada hajat besar ke?” tegur Ramlah yang pelik melihat perilaku anak sulungnya itu. Jarang sekali dia melihat wajah anaknya yang seakan dalam kerunsingan. Bagaikan ada benda yang ingin disampaikan tapi tak mampu untuk diluahkan. Dia kadang-kadang kurang faham perasaan anaknya itu. Sejak akhir-akhir ni perangai anaknya sungguh berbeza.
“Mak, boleh tak abang masuk bola baling? Untuk kali ni je. Tahun depan abang dah tak main lagi dah sebab SPM. Abang janji tahun ni je abang masuk, tahun depan dah tak lagi,” pinta Zafuan pada ibunya. Dia mengerti ibunya sukar bagi keputusan yang boleh membuatkan hatinya tenang.
“Boleh tapi macam mana dengan silat? Erm, okey lah. Bila start latihan?”ujar Ramlah.
“Abang masih aktif dalam silat mak. Kalau boleh abang nak sampai peringkat kebangsaan tapi bukan rezeki abang, nak buat macam mana. Start latihan esok mak. Kenapa?,” balas. Dia tahu ibunya inginkan yang terbaik dari dia sebab dia adalah anak sulung keluarga itu. Dialah yang kena pikul segala tanggungjawab dalam keluarganya.
“Baiklah. Tapi pelajaran jangan lupa. Pelajaran sangat penting dalam hidup kita tau. Bila main, main betul-betul tapi belajar pun kena juga betul-betul,ok?”pesan Ramlah pada anak sulongnya itu. Anaknya yang satu itulah yang boleh ikut katanya.
“Baiklah mak. Mak jangan risau. Abang akan buat yang terbaik punya. Tapi esok abang balik lambat tau. Ye, mak?” kata Zafuan pada ibunya. Saja bagitau awal-awal takut ibunya yang seorang tu risau akan dirinya.
“Ok tapi jangan lambat sangat tau,” balas maknya sambil tersenyum. Zafuan pun mengangguk lalu beredar. Ramlah merenung anak terunanya dari jauh. Dia akui anaknya terlalu baik dan ikut kata-katanya. Dia sukar nak lepaskan anak-anaknya lebih-lebih lagi Zafuan sebab Zafuan ada mirip-mirip arwah suaminya. Hanya Zafuan saja tempat dia melepaskan rindu pada suaminya. Tapi dia terfikir kalau suatu hari nanti Zafuan berumah-tangga tentu akan tinggalkannya juga. Dia pasrah.

novel pertama ku:saat kucinta kamu 1

Bab 1
“KRINGGGG!”
Farah meliat lentukkan badannya ke kiri dan ke kanan. Terasa sengal tulangnya pada pagi itu tapi itulah rutin hariannya sewaktu bangun dari tidur. Matanya di gosok-gosok lalu menguap menandakan ngantuknya itu masih bersisa. Kakinya segera menjejak lantai lalu berdiri dan mengambil tuala.
Dia berdiri tegak dihadapan pintu bilik air seolah-olah ada orang didepannya. Matanya yang masih pejam menyebabkan dia tidak berhajat untuk masuk ke bilik air.
“Woi, dah pukul berapa dah ni! Apa yang tercegat kat depan bilik air tu. Buang tebiat agaknya. Dah la jam loceng tak di matikan. Aku ganyang jugak budak ni karang.”, pekik mak Farah sambil bercekak pinggang dari jauh. Farah yang terdengar pekikan ibunya terus masuk ke bilik air.
“Anak dara apa ni. Bangun pagi pun susah. Kalau tak ditegur, tak dijerit pagi-pagi buta ni memang susah nak bangun, nak masuk bilik air tu. Mandi dah la setengah jam. Kalau dah kena tinggal bas ni memang eloklah tu. Siapa nak hantar kau pergi sekolah?!” bebel Timah pada anaknya. Bukannya tak selalu bangun pagi tapi itulah yang selalu dia bebelkan setiap pagi. Kalau anaknya tertinggal bas terpaksalah dia minta Haji Yusof yang hantarkan. Kadang-kadang tu segan jugak rasanya.
Setelah siap mandi, solat dan sarapan Farah menyalami tangan ibunya untuk pergi ke sekolah. Kali ini dia pasti takkan tertinggal bas. Dari jauh dia lihat Ina berdiri sambil memegang buku menunggu kehadirannya. Pagi tu terasa sungguh sejuk akibat angin sepoi-sepoi yang menyapa tubuhnya.
“Assalamualaikum” ucap Farah pada Ina.
“Waalaikumussalam. Erm, awal kau pagi ni. Selalu kalau Pakcik Din dah sampai baru kau nak keluar rumah. Kadang-kadang tertinggal pun ada.” sindir Ina.
“Ala kau ni. Takkanlah nak selalu buat macam tu. Sesekali nak jugak aku datang awal menghirup udara segar pagi-pagi ni. Hari ni mestilah jadi hari yang terbaik dari hari semalam. Dan esok akan jadi lagi baik dari hari ni. Betul tak cakap aku?” jawab Farah pada Ina. Ina yang malas nak layan cakap Farah hanya mengangguk sahaja.
Hampir suku minit dia menunggu akhirnya sampai juga bas sekolah yang dinaiki ke sekolah. Perjalanannya ke sekolah memakan masa selama setengah jam. Farah yang duduk di tepi tingkap terlentok ke kiri ke kanan akibat keadaan jalan raya yang tidak begitu rata. Mata Farah tidak mampu untuk melihat pemandangan luar, akhirnya dia terlelap.
“Farah! Farah!” kejut Ina yang duduk di sebelahnya. “Hei, dah sampai ni. Janganlah tidur lagi. Mengantuk sangat ke kau ni? Erm, kalau kau tak nak bangun aku tinggalkan kau dalam bas ni sorang-sorang, nak?” ugut Ina pada Farah. Dia merenung wajah Farah sejenak. Kalau ikutkan hati ingin dia memuji gadis itu sebab wajahnya cukup menawan hati sesiapa pun termasuklah dirinya sendiri.
“Eh tunggulah aku. Takkan nak tinggalkan aku sorang kat sini. Kan aku kawan kau. Yela aku bangunlah ni” jawab Farah malas-malas sambil bangun dari tempat duduk. Dia mengeliat bagaikan orang baru bangun dari tidur yang nyenyak. Tak lama kemudian loceng sekolah berbunyi tanda waktu persekolahan sudah bermula.
Mereka jalan seiringan menuju ke kantin sekolah untuk meletakkan beg dan langsung menuju ke padang untuk menghadiri majlis formal yang selalu diadakan di mana-mana sekolah. Majlis formal itu diadakan seperti biasa dan Farah yang seperti biasa juga melentokkan kepalanya ke bahu Ina.
“Woi. Kalau ye pun ngantuk, rasanya tak perlulah kot nak terlentok kat bahu aku. Ish, aku sekeh kau nanti,” tegur Ina yang malu dengan perbuatan Farah. Tapi sebagai kawan yang rapat dia juga mempunyai rasa sayang pada sahabatnya itu walaupun dia terpaksa menahan kerenah Farah.
Farah yang mendengar teguran Ina terus berdiri tegak tanpa bersuara langsung. Dia sedar yang kelakuannya itu diperhatikan orang sekeliling. Terasa merah padam wajahnya menahan rasa malu. Wajahnya yang agak kuning langsat itu seakan tak nak hilang warna merahnya. Tak lama kemudian majlis formal itu pun bersurai. Farah dengan pantasnya mencapai beg lalu pergi tanpa menoleh belakang. Dia tinggalkan Ina keseorangan.
“Kau ni kenapa Farah? Lain macam je aku tengok kau pepagi ni. Ada masalah ke? Cuba terangkan kat aku ni,” tanya Ina yang sempat mengejarnya dari belakang.
“Takde apa-apalah. Aku tetiba je rasa segan bila kau tegur aku macam tu. Aku terasa budak-budak lain tengok sikap aku macam tu. Aku pun apa lagi cabutlah lepas habis perhimpunan. Takkan nak tayang kat orang muka aku yang dah hampir panas ni,” balas Farah sambil menunjukkan wajahnya yang masih merah. Dia betul-betul malu hadapi situasi itu.
“Erm, kalau kau rasa macam tu aku minta maaflah ye sebab kalau tak kerana aku cakap macam tu kau takkan malu sampai macam ni,” kata Ina pada Farah. Dia memang tak sengaja buat Farah macam tu sebab dia hanya nak bergurau je tapi tak sangka Farah boleh terasa sampai macam tu.
“Eh, tak pelah. Aku tak ambil hati langsung sebab dah memang perangai aku macam tu. Nak buat macam mana kan? Aku tak kisahlah. Dah la jangan kau ungkit lagi pasal hal ni tau. Dan jangan bagi tau kat mak aku. Nanti dia bebel kat telinga aku, tak sanggup aku nak dengar tau. Hehe..” pesan Farah pada Ina. Dia bukan nak ceritakan tentang keburukan maknya tu tapi dia memang tak suka kalau mak dia bising kat telinga dia. Boleh migrain tau.
Sampai saja di kelas Cikgu Haryani dah masuk. Hanya mereka dan beberapa pelajar lain sahaja yang baru masuk. Kehadiran guru Matematik itu sungguh membimbangkan hati Farah. Dia takut keputusan ujiannya baru-baru ini menurun akibat latihan bola jaring dan bola baling yang dia jalani selama seminggu ini. Latihan sukan itu bukan sahaja berlangsung pada sebelah pagi malah di sebelah petang pun ada. Dia sememangnya tidak terkecuali untuk menghadiri kerana telah diberi kepercayaan sebagai ketua pasukan.
Akibat dari latihan yang dia jalani selama seminggu itu dia telah tertinggal beberapa ilmu lebih-lebih lagi subjek Matematik yang menjadi subjek kesukaannya sejak mendapat A dalam PMR tahun lalu. Dia ada keinginan untuk menyambung pelajaran ke sekolah teknik tapi harapannya hancur apabila ibunya melarang dia untuk tinggal jauh dari keluarganya. Dia terpaksa melanjutkan pelajarannya di sekolah lamanya ini.
“Farah Syakila Binti Kamarudin, 84!” panggil Cikgu Haryani lalu menyebut markah yang dia perolehi. “Erm awak ada sedikit penurunan tapi masih lagi dalam keputusan yang baik. Itu membanggakan diri saya sebagai pengajar walaupun awak selalu tiada dalam kelas. Keep it up, Farah!” komen Cikgu Haryani pada Farah. Keputusannya agak membanggakan walaupun terdapat sedikit penurunan.
“Terima kasih, Cikgu!” balas Farah dengan penuh semangat walaupun hatinya sedikit rasa kesal tapi dia terpaksa menerima segala yang telah Cikgu Haryani pesan. Dia tahu yang dia perlu berusaha untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tahun hadapan. Baginya saat berada di tingkatan 4 ini adalah saat untuk dia bertungkus lumus menyediakan platform yang selesa untuk dia hadapi peperiksaan yang besar itu.
Ketika ini ada mata yang memandang tepat ke arahnya. Bukan kerana marah ataupun berdendam tapi mata yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Bagi empunya mata itu Farah adalah satu-satunya gadis yang berjaya menawan hatinya sejak di tingkatan 2 lagi. Dia impikan gadis seperti Farah. Bijak, kelakar, matang dan ada kalanya manja. Dia ingin memiliki gadis itu tapi apakan daya lidahnya tidak mampu untuk mengata apa-apa cuma hatinya sahaja yang mampu untuk bersabar. Menunggu masa dan harinya yang akan tiba untuk dia meluahkan segala-galanya.
“Erm, boleh tahan kau ye. Walaupun kau sibuk dengan aktiviti sukan tapi kau tetap tumpukan perhatian pada mata pelajaran. Jealous aku tau,” kata Imran pada Farah dengan penuh nada bangga.
“Ala kalau betul memang aku pun tak sangka tapi berkat doa mak aku, aku rasa aku boleh buat. Alhamdulillah.. erm kau janganlah rasa cemburu kat aku. Kalau kau nak minta aku ajar kau pun boleh apa. Bukan susah sangat. Kau ikut formula aku tentu kau boleh buat punya,” balas Farah dengan penuh yakin. Dia tak berhasrat nak tunjukkan kepintarannya tapi dia ingin berkongsi segala rahsia dan formula yang telah dia cipta sendiri dengan kawan-kawannya. Dia teringin sangat melihat kawan-kawannya yang lain berjaya seperti dia. Dia mahukan saingan yang sihat tanpa ada rasa benci dalam diri.
Sedang rancak mereka berbual, Faizlan menegurnya dari belakang. “Tahniah, Farah. Kau memang layaklah jadi pelajar contoh sekolah ni. Apa kata aku rekemenkan kau jadi calon pelajar contoh sekolah ni untuk tahun depan. Kan kita akan hadapi SPM tahun depan. Nak?” tanya Faizlan secara tiba-tiba.
Farah mengerutkan dahinya. Bukan dia tidak mahu tapi dia rasa dia belum layak untuk bergelar pelajar contoh sebab ada ramai lagi pelajar lain yang layak. “Erm aku rasa tak naklah sebab aku rasa aku tak layaklah nak pegang gelaran tu. Kau tau jelah perangai aku yang entah pape ni.” Farah merendah diri. Dia memang tak berhasrat nakkan gelaran tu.
“Tak pelah kalau kau tak nak. Aku tak paksa tapi kalau kau dah fikir masak-masak dan bertukar fikiran bagitau aku tau. Yelah, sebagai penolong pengawas aku nak juga tengok budak kelas aku sendiri meraih gelaran tu. Mana tau rezeki kau murah,” pujuk Faizlan walaupun dia tahu yang Farah tak berminat nakkan gelaran tu. Tapi dia akan pujuk sedaya upaya supaya gadis itu menerima tawarannya.
“Suka hati kaulah. Yang pasti aku bukan pelajar itu,” balas Farah yang malas nak melayan kerenah mamat jiwang sorang ni. Dia sememangnya tak berkenan dengan perangai Faizlan walaupun lelaki itu bergelar penolong pengawas tapi playboy tak sudah-sudah. Nasib baik dia tidak termakan pujuk rayu lelaki itu semasa di tingkatan 3. Kalau tidak entah apa lagi nasibnya sekarang.
Dari jauh perasaan lelakinya tercabar dengan sikap Faizlan yang tiba-tiba datang dan duduk di sebelah Farah. Dia tidak faham akan perasaan lelakinya itu. Seolah-olah tidak mahu orang lain mengganggu gadis itu. Dia tidak kisah lelaki lain yang berbual dengan Farah kecuali Faizlan. Perasaannya berkecamuk dan segera dia tunduk ke bawah menahan kesakitan hatinya. Kelihatan mukanya merah menahan rasa marah.
“An! Kau kenapa? Sakit ke?” tanya Roy yang tiba-tiba sedar akan perbuatan sahabatnya itu. Bukan sekali dua dia melihat kelakuan aneh Zafuan tapi selalu. Kelakuan yang pelik tu berlaku pun apabila dia sendiri sedar yang Zafuan merenung gelagat Faizlan yang selalu mendekati Farah. Memang tidak diakui yang Farah tu cantik tapi dia sendiri tak faham kenapa Zafuan begitu cemburu melihat adegan itu. Kini, dia mengerti sahabatnya itu sudah jatuh cinta.
“An, kalau kau betul-betul suka kat dia, kau bagi tau jelah. Jangan simpan-simpan macam ni. Nanti kau jugak yang rugi. SPM dah nak dekat, nanti kau yang susah sendiri. Biarlah zaman sekolah ni kau hargai secukupnya. Nanti bila dah tamat sekolah barulah kau nak teringat-ingat dengan apa yang berlaku,” kata Roy. Zafuan masih menunduk. Bukan dia mahu mengalah dengan semua tu tapi dia sedar yang dia tidak setaraf dengan Farah.
Walaupun dia adalah atlit dalam silat gayung tapi dia tidak banyak pilihan. Walaupun dia terkenal di sekolah tapi dia rasa tidak terkenal di mata seorang gadis bernama Farah. Farah lebih suka pada pelajar yang bijak berbicara dalam kurikulum berbanding dirinya yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Dia hanya tahu berbual tentang silat dan kartun Jepun. Dia tahu gadis itu lebih maju darinya dan boleh melanjutkan pelajaran ke menara gading tapi dirinya sendiri dia tidak tahu ke mana arah yang patut dia bawa.
“Tak pelah aku tak kisah. Aku tahu satu hari nanti Farah akan jadi milik aku juga,” balas Zafuan dengan penuh yakin. Terdapat senyuman penuh makna di akhir kata-katanya itu. Dia yakin satu hari nanti pasti Farah akan jadi miliknya Cuma dia hanya perlu menanti dan menanti masa dan waktunya.
Friday, January 2, 2009

karisma 2008

tanggal 25122008 aku n kawan2 aku dr uitm gerak g uitm perak kat sri iskandar coz kitorang ade perlawanan antara uitm yang di beri nama karisma.aku adalah ahli team basketball.ke semua kitorang dalam lebih 3oo orang.perjalanan dari johor ke perak mengambil masa selama kurang dari 24 jam.dalam perjalanan aku langsung tak tidur.untuk menunjukkan bukti yang sahih aku ade la sket pic yang nk dikongsi bersama korg.huhuhu...



ni gmbo b4 aku g perak...latihan hari ke 5 or 6..aku xingat la


b4 gerak bergambar dolu...bak kata coach aku photo 'gedik'??kureng....haha

hari penyampaian bendera pada kontinjen b4 gerak...



boys lawan uitm n.9..menang tapi xtau skor la....

gmbar kenangan lps fight ngn shah alam.....

malam perasmian...syok abes smpai skang xdpt lpekan kenangan tu....dance ramai2 kt belakang mse persembahan tarian kt dpn..pas tu plak xsangka uitm johor mng perbarisan..n time ni la aku tnjuk bakat menari aku even mcm kayu...hehehe

after malam tu soknye kitorang ade game lagi fight ngn uitm penang..kitorg mng then dpt fight tok tmpt ke 3 n ke 4 dgn uitm perlis..uitm johor dpt tmpt ke 4 dari 9 team yang hantar..walaupon dpt no 4 aku xkisah asalkan aku da ade pengalaman dlm men basketball...dan aku sgt hargai experience tu..aku akan berusaha keras dlm basketball ni..insyaAllah 070209 ni aku ade frenly dgn utm skudai..aku harap aku dpt gunakan skill yang ade pd aku untuk dptkan pengalaman yang berharga ini skali lagi...

Thursday, January 1, 2009

aku dan dia


sape sebenarnya yang ada kat hati aku??kadang-kadang dia, kadang-kadang org len and ada kalanya aku cnfius..nk kata tak ada cinta dalam hati ada tp bkn lah untuk org yang aku suka sgt.actually aku suka pada seorg mamat ni.aku suka coz dia pandai men basketball.sayangnya dia da ada girlfren.tu yang wat aku sikit kecewa tapi tak pe la.suka dalam diam pon jadi la.aku nak bagitau dia aku malu coz dia selalu je usik2 aku ngn sorang mamat berondong ni.aku xbpe suka coz ye r dak bwh umor aku...sape la nk.even dia ensem pon tp hati aku da suke kt dia nk wt cmne kan?emm aku terpakse pendamkan feel aku daripada org len tahu except org yang rapat ngn aku je r.aku malu nk bgtau.aku pnh ckp kt dia aku akan rindu dia kalu dia pindah melaka tp cara aku bgtau dia cam men2.emm xpe la pendam je la ek?hehehehehe......papepon dia tetap pemain basketball yang aku minat walaupon dia xterrer mne pon.huhuhu...arghhh cmne nk bgtau????