Pages

Monday, June 25, 2012

senarai barang-barang nak ke asrama atau kolej

hai....
hari ni saya nak kongsi sesuatu...
kalau kita nak pergi sesuatu tempat apa yang perlu kita bawa??
tapi hari ni saya nak kongsi list barang yang perlu di bawa jika kita nak masuk asrama, kolej, atau hostel...
tak kira la asrama sekolah, kolej jururawat ke...list ini sangat perlu....

1. cadar dan sarung bantal (kalau perlu bawa bantal sendiri, bawalah)
2. baju dan seluar sukan (sekurangnya 2 pasang)
3. kasut hitam, putih, dan kasut sukan
4. baju kurung (kalau boley lebih 7 pasang sebab kene selalu tukar)
5. baldi dan gayong
6. hanger untuk sidai kain.
7. sabun basuh baju, shampoo, berus gigi, ubat gigi dan barang mandian lain.
8. baju kecik, seluar kecik dan pakaian dalam yang lain.
9. alat-alat tulis untuk menulis dan yang sewaktu dengannya.
10. barang makanan seperti biskut, air 3in1 dan sebagainya.
11. alatan sudu, garfu, pinggan, dan cawan.(penting ni kalau nak study malam2 buat air, makan megi) hehehe
12. tudung dan anak tudung, stokin.

banyakkan?? tp tu baru sikit..yang dok dalam kepala ni lagi ada banyak...cume xley la nak list terlalu terperinci sbb takut tak sama jek nnt...yang lain-lain barang kalau nak bawa, bawalah...jangan bawa 1 rumah sudah...hehe ok itu saja...selamat maju jaya!!! Wassalam....

7 Hari Lagi.........

assalamualaikum.....
selamat pagi semua...masa tulis entri nih waktu pagi jam 10 lebih...
hari ni nak saya nak post sesuatu yang menarik dan menggembirakan hati saya...yela kata org sharing is caring...tapi yang sedihnye kemungkinan tak dapat nak update selalu la blog saya ni....
buat kawan2 yang masih tidak mengetahui, tanggal 2 julai nnt saya dah post diri saya ke kuantan...
sebabnye???
saya dapat belajar nursing kt sana under government...so, untuk tidak melepaskan peluang kali kedua ni saya pergi jugak meninggalkan anak, suami dan bonda tercinta....
buktinya??
xdapat nak tunjuk bukti la...hehe tapi yang pastinya memang saya akan ke sana...meninggalkan wajah comel anak saya....my lil princess Mursyidah Aisyah....ibu rindu dengan Dida nanti....rindu anak lebih dari rindu babah Dida...ok la nak mempacking barang...semoga kerja ku mudah...aminnn...


Monday, June 4, 2012

Ayam 3 Rasa

Resepi: Ayam 3 Rasa

bahan-bahannya:-

isi ayam - potong dadu (digaul dgn garam dan lada sulah)
2 ulas bwg putih
1 buku bwg merah
1 cm halia
5 btg cili padi (jika suka pedas boley lebih)
1 batang saderi - dipotong nipis
1 c.b sos tomato
2 c.b sos cili
1 c.b sos tiram
1 c.b cuka
sedikit garam

1. panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. angkat dan ketepikan.
2. tumbuk bwg putih, bwg merah, halia dan cili padi.
3. tumiskan bahan yg ditumbuk tadi sehingga naik bau. masukkan garam sedikit.
4. masukkan bahan sos bersama cuka ke dalam kuali. tuang sedikit air bahan tumbuk.
5. masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. akhir sekali masukkan batang saderi.
6. masak sehingga ayam betul-betul masak. tabur sedikit daun sup jika suka. sedia dihidang.

Kangkung Kampung Goreng

Resepi: Kangkung Kampung Goreng

seikat kangkung kampung
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
sedikit ikan bilis
sedikit garam dan perasa

1. tumbuk halus bwg merah, bwg putih dan ikan bilis..
2. panaskan minyak. masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk td.
3. goreng hingga naik bau. masukkan garam dan perisa. kemudian masukkan kangkung kampung td. sebelum masukkan pastikan kangkung tersebut telah dicuci bersih..
4. masukkan sedikit air jika suka.
5. masak sehingga lecuh sedikit. bila sudah masak boleh la mkn bersama nasi panas...