Pages

Saturday, January 16, 2010

ujian untuk membuat keputusan

-setiap perkara yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah untuknya...
-tp wajarkah perkara yang diberikan itu setanding dengan ape yang kita dapat??
-bukan untuk mempertikaikan kehendak Allah...tetapi aku sering bertanya apakah sesuatu yang baik ataupon yang buruk itu datang pada diri kita, terselindung nye hikmah yang setimpal??
-aku sedar semua itu adalah rahsia yang dipegang olehNya...
-aku tak tahu apakah yang akan berlaku pada hari esok mahupon akan datang...
-setiap perkara yang telah berlaku pada aku, tak pernah aku kaji sedalamnya...
-skrg ni, pilihan yang aku ada hanyalah bersolat istikharah...solat untuk memilih dan mendapat result yang bagus dr Dia...
-benarkah takdir yang tertulis untuk aku bahawa aku akan berkahwin pada usia muda??
-tentunya Dia bagi aku dugaan ini...untuk aku kembali bersujud kepadaNya meminta petunjuk dan result untuk diri aku...
-jika benar dia adalah pilihan yg terbaik dalam hidup aku, tentu aku akan rasa bersyukur...
-jika tidak, maka aku akan redha dgn segala ketentuannya....



ya Allah,
jika benar hati ini sudah jatuh cinta
maka Kau peliharalah hati aku
agar tidak lebih mencintai hambaMu melebihi Mu...

ya Allah
jika Kau berikan anugerah ini hanya untuk dia
maka Engkau peliharalah hubungan kami
agar terus kekal hingga ke akhir hayat....

ya Allah
jika benar hati ini sudah jatuh cinta
berikanlah aku ruang untuk bernafas
agar aku tidak lemas dalam cinta hambaMu

ya Allah
jika dia bukanlah pilihan yang sesuai untukku
maka berikan lah aku keredhaan
agar aku redha dengan segala kehendakMu
agar aku mampu bernafas
untuk aku tempuh hidup ku yang masih bersisa....

ya Allah
dengan segala apa yang telah berlaku ke atas diriku
aku redha
kerana Engkau lebih Maha Mengetahui
segala-galanya.......

0 mari le komen: