Pages

Tuesday, September 15, 2009

novel pertama ku:saat kucinta kamu 5

Bab 5

Seawal pagi jam 6, Farah sudah bangun. Kali ni lebih awal dari ibunya. Hari ini dia ada perlawanan bola baling peringkat sekolah yang diadakan di sekolahnya. Jadi dia perlu mempersiapkan dirinya seawal mungkin supaya tak terlewat.

‘Kkkruuukkkk….’ Perut Farah berbunyi. ‘Aduh sakitnya. Tadi tak nak pulak ‘membuang’. Aku nak pergi sekolah la perut’ keluh Farah seorang diri. Dia rasa tak selesa dalam keadaan begini. Kalau ikutkan hati mahunya dia datang lambat ke sekolah tapi sebagai ketua pasukan dia tak boleh berfikiran begitu. Itu bagaikan melanggar etika dirinya yang tak suka mementingkan diri sendiri.

“Mak, Farah pergi dulu. Assalamualaikum.” kata sebelum bergerak pergi. Dia dengan penuh semangat pagi ni bergerak menuju ke arah Ina. Dia melihat Ina yang sedang tersenyum dari jauh. ‘Erm…aku rasa cam nk ‘membuang’ je la’ getus hatinya.

“Ina kau gerak dulu la. Aku sakit perut ni. Kau pesan kat cikgu yang aku lambat sikit sampai.

Ok!” berkerut dahi Ina. ‘Patutlah berkerut je dari jauh. Rupa-rupanya sakit perut.’ Bisik Ina sambil tersenyum. Kelakar melihat gelagat Farah.

“Ha yela. Karang kalau kau tak datang, siap kau nanti. Aku report kat Abang Aiman kau. Haha” ugut Ina pada Farah. Dia tahu Farah minat kat abang teakwando tu. Abang Aiman pun ramai peminat kat sekolah tapi dia seorang yang tak suka melayan sesiapa kecuali Farah. ‘Tak sangka taste Abang Aiman tu high. Tak pandang budak-budak yang tak aktif sukan dan tak pintar cam Farah.’ Ina berfikir sendiri.

Setibanya di sekolah, Ina perhatikan betapa ramainya pemain yang mewakili sekolah masing-masing. Sedang dia perhatikan pemain-pemain yang baru sampai di sekolahnya, tiba-tiba matanya tertumpu pada seorang lelaki ni. Hatinya begitu tertarik pada lelaki ini. Seolah-olah dia mahu mengenal lelaki itu dengan lebih dekat lagi.

“Oi, jauh kau termenung! Dah jumpa Cikgu Laila?” tegur Farah dari belakang. Dari tadi dia perhatikan Ina yang khusyuk memandang seorang mamat ni sampaikan dia datang pun Ina tak perasan.

“Eh ko ni. Terkejut aku tau. Macam nak tercabut urat jantung aku ni. Heart attack tau! Emm aku belum jumpa dia lagi. Tunggu kau sampailah. Boleh pergi sama-sama. Kau naik ape tadi ni?” tanya Ina dalam keadaan cemas. ‘Mintak-mintaklah Farah tak nampak siapa yang aku perhatikan tadi’.

“Ala Haji Yusuf tu la yang hantar aku. Kau tengok siapa tadi? Khusyuk benar nampak” kata Farah sambil tersenyum pada Ina. ‘Adui, macam mana aku nak jawab ni!’

“Err…hehe..adalah…” jawab Ina tersengih-sengih. Ina cuba nak lepaskan diri dari pertanyaan Farah.

“Oo dah pandai nak rahsia-rahsia dari aku ek? Kau ingat aku tak nampak ye. Kau minat kat si playboy tu ke? Eh kau janganlah nak cari pasal. Kenal sangat dah aku dengan dia tu. Kau tak payahlah nak minat kat dia. Banyak lagi lelaki kat luar yang minat kat kau ni Ina.” terang Farah pada Ina. Memang dia kenal sangat dengan si Farid sewel ni. Dahlah tak hensem lepas tu nak jual muka pulak. Tak sedar diri.

“Kau ni Farah, semua lelaki kau kenal kan. Tak bagi can langsung kat aku. Aku minat tengok muka dia je. Bukannya apa-apa pun. Kalau aku dapat kenal dengan dia satu hari nanti aku yakin aku boleh ubah perangai dia yang playboy tu. Percayalah cakap aku. Aku kan Ina” balas Ina dengan penuh yakin. Dia tau yang dia boleh ubah seseorang tu. Dia berfikir macam tu sebab memang kenalah playboy dengan playgirl.

“Erm suka hati kaulah Ina. Tapi kalaulah apa yang kau kata tu betul aku salute la kat kau sebab kau boleh ubah dia. First step ni kau nak aku kenal kan kau dengan dia ke apa?” Farah bagi offer. Dia kalau boleh tak nak ada apa-apa dalam permulaan hubungan antara Ina dengan si Farid ni. Tapi entah kenapa dia boleh pulak nak bantu Ina dalam menjayakan hubungan ni.

“Erm takpelah aku boleh manage sendiri. Tahulah aku macam mana nak buat nanti” kata Ina sambil tersenyum sinis. Dia pun berjalan mendahului Farah. Mereka bergerak bersama untuk berjumpa dengan Cikgu Laila.

“Assalamualaikum, cikgu. Cikgu, team kita ni start pukul berapa? Macam dah tak sabar je nak lawan ni. Hehe…” tanya Farah. Ina mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan oleh Farah. Dia memang tak sabar dengan perlawanan ini.

“Ok, team kita akan lawan petang ni. Tapi team pelajar lelaki akan lawan pukul 10 nanti lepas sekolah sains ni lawan. Diorang guna court 2 kat tengah padang tu” jelas Cikgu Laila sambil menunjukkan kedudukan court.

“Thanks, cikgu. Ina, jom tengok team budak lelaki lawan. Aku nak tengok jugak pemain baru kita ni. Boleh pakai ke tak.” kata Farah sambil berlari-lari anak menuju ke tengah padang. Dia memang nak sangat tengok Zafuan main. Entah kenapa dia beria sangat, dia pun tak tahu.

1 new message
“salam.hai,awk buat ape tu?dah mkn?”

‘Ish dia ni lagi. Nak reply ke tak nak erk? Rasa macam malas pun ada gak.

“salam.hai,xde wat pape pun.dah mkn dah.awk wat pe ni?xskola ke?”

‘Mamat ni tak pergi sekolah agaknya.’ Farah agak tak keruan sikit nak layan mamat ni bila dia tahu yang mamat ni tak sekolah. Deringan lagu ‘Beautiful Girl’lagi di poket seluar sukan Farah.

1 new message
“skola la.ingt sye xskola ke?tp ade event kt skola sye ni.cume sye xmsuk klas je.amik bhgian.”

Lega sikit hati Farah bila tahu mamat ni sekolah. Tapi dia tertanya-tanya, event apa yang ada kat sekolah mamat ni. Farah membalas,

“event ape?nak tau jgak.”
‘Alamak lupa pulak nak tanya nama mamat ni. Dah seminggu aku kenal dia tapi tak tahu nama dia. Tapi dia jarang message aku. Eh, apsal pulak aku nak tahu pasal mamat ni lebih-lebih ek?’

Farah menggeleng kepala seorang-seorang sambil tersenyum.
“Hah, yang kau ni kenapa pulak? Geleng kepala pastu senyum-senyum. Beranganlah tu. Berangankan siapa cik kak oi!” tegur Ina yang asyik perhatikan Farah dari tadi. Memang ramai lelaki yang nak kenal dengan Farah tapi mamat yang bagi dia mesej ni je yang dia boleh layan.

1 new message
“ade la.k la awk nnt sye bg msg lg erk?sye ade hal ni.bye2.doakan sye k.”

‘Em ye la tu. Esok-esok bukannya kau nak mesej aku. Buat apa la aku nak doakan dia. Bukannya aku tau pun dia buat apa.’ Farah terus tak balas mesej tu. Banyak betul soalan yang menujah-nujah dalam fikiran dia tentang mamat misteri ni.

“Farah, budak lelaki dah nak start main dah ni. Hensemnya si Zafuan tu. Aku minat giler la dengan rambut dia. Memang boleh tahan.” komen Ina sambil memerhatikan Zafuan. Farah di sebelah hanya melihat Zafuan.

Sedang berjalan ke tengah padang, dia merasa dirinya dipandang oleh mata yang bakal menggemuruhkan jantungnya. Dia mencari mata tersebut dengan gerakan mata yang perlahan. Dia mencari-cari hinggalah ke hujung tempat duduk team mereka. Akhirnya, mata mereka bertentangan dan Zafuan mengukirkan senyuman yang paling manis pada Farah. Dia tahu senyumannya bakal meggetarkan hati gadis itu.

‘Apa Zafuan ni senyum kat aku pulak. Macamlah aku seorang yang perhatikan dia dari tadi. Nak senyum balik ke kat dia? Ish tak payahlah. Tapi kenapa hati aku berdegup kencang bila mata kitorang bertentangan?’ Farah terus melarikan diri dari di perhati oleh Zafuan. Farah memang malu jika diperhatikan sebegitu.

“Go, Zafuan! Go!” laungan nama Zafuan di luar padang. Nama Zafuan dilaungkan seolah-olah dia adalah hero dalam teamnya. Zafuan berlari ke tepi padang. Dia dipanggil oleh Cikgu Laila selaku coach untuk memberi sedikit arahan pada dia supaya dapat mantapkan lagi persembahan dalam perlawanan ini.

“Eh, apsal tiba-tiba kita sorak nama Zafuan pulak? Bagus sangat ke dia tu? Aku tengok biasa je dia main tadi,” kata Farah dengan nada yang pelik. Selama ni dia tengok Zafuan tu hanya pandai bersilat je. Tapi mungkin dia telah diajar menjadi pemain yang hebat dalam pasukannya, fikir Farah seorang diri.

“ Farah, Cikgu Laila panggil kau tu. Kau ni berangan kenapa? Dari tadi aku tengok. Muka berkerut-kerut. Kau sakit ke?” tanya Ina yang dari tadi perasan perubahan kawan baiknya tu. Dia tahu yang Farah sedang sembunyikan sesuatu darinya. Dari tadi dia perhatikan Farah yang sedang bermain dengan perasaan sendiri seperti memikirkan sesuatu yang berkaitan dengan permainan yang sedang berlangsung di depan mata mereka.

“ Takde pape la. Cuma aku fikir pasal perlawanan kita nanti. Ok la aku nak jumpa cikgu ni. Kau nak ikut tak?” Farah cuba sembunyikan perasaan yang bermain di dalam hatinya. Dia tak mahu kawannya itu tahu akan perihal yang dia fikirkan. Takut nanti akan ada yang berkecil hati. Ina mungkin tak tahu yang selama ini Zafuan memerhatikan dirinya tapi bukan Ina. Dia tahu senyuman yang menikam itu adalah untuknya kerana ia tepat mengenai di hatinya sehingga dia sesak untuk bernafas.

Ina menggeleng lalu menyambung semula perhatiannya pada perlawanan tadi. Dia menyokong sepenuhnya tapi mengapa Farah tak agresif seperti selalu? Fikirnya seorang diri. Sebelum ini, Farah agresif sangat bila ada perlawanan yang berkaitan dengan mereka tapi hari ni dia tidak seperti selalu. Ina mengomel sendiri dalam hati. Mungkin dia ada masalah peribadi kot. Sebab tu la perangai dia semacam. Ina buat satu kesimpulan yang sukar diterima walaupun dia tidak tahu perkara sebenar.

“Baik cikgu. Em kalau da takde apa-apa boleh saya minta diri dulu cikgu?” tanya Farah pada Cikgu Laila. Cikgu Laila hanya mengangguk tanda dia membenarkan pelajar kesayangannya itu pergi untuk menjalankan apa yang dia suruh sebentar tadi. Baginya Farah sememangnya layak menjadi ketua pasukan bola baling perempuan.

1 mari le komen:

ismailsyimasyida said...

maaf kepada follower yang follow blog ni kerana mahu membaca novel dr saya....
sekarang ni saya sgt sibuk kerana masih belajar...
jadi saya tidak ada masa untuk meneruskan novel saya....
mungkin akan update tetapi dalam masa yang lama...
harap maklum