Pages

Saturday, January 17, 2009

novel pertama ku:saat kucinta kamu 1

Bab 1
“KRINGGGG!”
Farah meliat lentukkan badannya ke kiri dan ke kanan. Terasa sengal tulangnya pada pagi itu tapi itulah rutin hariannya sewaktu bangun dari tidur. Matanya di gosok-gosok lalu menguap menandakan ngantuknya itu masih bersisa. Kakinya segera menjejak lantai lalu berdiri dan mengambil tuala.
Dia berdiri tegak dihadapan pintu bilik air seolah-olah ada orang didepannya. Matanya yang masih pejam menyebabkan dia tidak berhajat untuk masuk ke bilik air.
“Woi, dah pukul berapa dah ni! Apa yang tercegat kat depan bilik air tu. Buang tebiat agaknya. Dah la jam loceng tak di matikan. Aku ganyang jugak budak ni karang.”, pekik mak Farah sambil bercekak pinggang dari jauh. Farah yang terdengar pekikan ibunya terus masuk ke bilik air.
“Anak dara apa ni. Bangun pagi pun susah. Kalau tak ditegur, tak dijerit pagi-pagi buta ni memang susah nak bangun, nak masuk bilik air tu. Mandi dah la setengah jam. Kalau dah kena tinggal bas ni memang eloklah tu. Siapa nak hantar kau pergi sekolah?!” bebel Timah pada anaknya. Bukannya tak selalu bangun pagi tapi itulah yang selalu dia bebelkan setiap pagi. Kalau anaknya tertinggal bas terpaksalah dia minta Haji Yusof yang hantarkan. Kadang-kadang tu segan jugak rasanya.
Setelah siap mandi, solat dan sarapan Farah menyalami tangan ibunya untuk pergi ke sekolah. Kali ini dia pasti takkan tertinggal bas. Dari jauh dia lihat Ina berdiri sambil memegang buku menunggu kehadirannya. Pagi tu terasa sungguh sejuk akibat angin sepoi-sepoi yang menyapa tubuhnya.
“Assalamualaikum” ucap Farah pada Ina.
“Waalaikumussalam. Erm, awal kau pagi ni. Selalu kalau Pakcik Din dah sampai baru kau nak keluar rumah. Kadang-kadang tertinggal pun ada.” sindir Ina.
“Ala kau ni. Takkanlah nak selalu buat macam tu. Sesekali nak jugak aku datang awal menghirup udara segar pagi-pagi ni. Hari ni mestilah jadi hari yang terbaik dari hari semalam. Dan esok akan jadi lagi baik dari hari ni. Betul tak cakap aku?” jawab Farah pada Ina. Ina yang malas nak layan cakap Farah hanya mengangguk sahaja.
Hampir suku minit dia menunggu akhirnya sampai juga bas sekolah yang dinaiki ke sekolah. Perjalanannya ke sekolah memakan masa selama setengah jam. Farah yang duduk di tepi tingkap terlentok ke kiri ke kanan akibat keadaan jalan raya yang tidak begitu rata. Mata Farah tidak mampu untuk melihat pemandangan luar, akhirnya dia terlelap.
“Farah! Farah!” kejut Ina yang duduk di sebelahnya. “Hei, dah sampai ni. Janganlah tidur lagi. Mengantuk sangat ke kau ni? Erm, kalau kau tak nak bangun aku tinggalkan kau dalam bas ni sorang-sorang, nak?” ugut Ina pada Farah. Dia merenung wajah Farah sejenak. Kalau ikutkan hati ingin dia memuji gadis itu sebab wajahnya cukup menawan hati sesiapa pun termasuklah dirinya sendiri.
“Eh tunggulah aku. Takkan nak tinggalkan aku sorang kat sini. Kan aku kawan kau. Yela aku bangunlah ni” jawab Farah malas-malas sambil bangun dari tempat duduk. Dia mengeliat bagaikan orang baru bangun dari tidur yang nyenyak. Tak lama kemudian loceng sekolah berbunyi tanda waktu persekolahan sudah bermula.
Mereka jalan seiringan menuju ke kantin sekolah untuk meletakkan beg dan langsung menuju ke padang untuk menghadiri majlis formal yang selalu diadakan di mana-mana sekolah. Majlis formal itu diadakan seperti biasa dan Farah yang seperti biasa juga melentokkan kepalanya ke bahu Ina.
“Woi. Kalau ye pun ngantuk, rasanya tak perlulah kot nak terlentok kat bahu aku. Ish, aku sekeh kau nanti,” tegur Ina yang malu dengan perbuatan Farah. Tapi sebagai kawan yang rapat dia juga mempunyai rasa sayang pada sahabatnya itu walaupun dia terpaksa menahan kerenah Farah.
Farah yang mendengar teguran Ina terus berdiri tegak tanpa bersuara langsung. Dia sedar yang kelakuannya itu diperhatikan orang sekeliling. Terasa merah padam wajahnya menahan rasa malu. Wajahnya yang agak kuning langsat itu seakan tak nak hilang warna merahnya. Tak lama kemudian majlis formal itu pun bersurai. Farah dengan pantasnya mencapai beg lalu pergi tanpa menoleh belakang. Dia tinggalkan Ina keseorangan.
“Kau ni kenapa Farah? Lain macam je aku tengok kau pepagi ni. Ada masalah ke? Cuba terangkan kat aku ni,” tanya Ina yang sempat mengejarnya dari belakang.
“Takde apa-apalah. Aku tetiba je rasa segan bila kau tegur aku macam tu. Aku terasa budak-budak lain tengok sikap aku macam tu. Aku pun apa lagi cabutlah lepas habis perhimpunan. Takkan nak tayang kat orang muka aku yang dah hampir panas ni,” balas Farah sambil menunjukkan wajahnya yang masih merah. Dia betul-betul malu hadapi situasi itu.
“Erm, kalau kau rasa macam tu aku minta maaflah ye sebab kalau tak kerana aku cakap macam tu kau takkan malu sampai macam ni,” kata Ina pada Farah. Dia memang tak sengaja buat Farah macam tu sebab dia hanya nak bergurau je tapi tak sangka Farah boleh terasa sampai macam tu.
“Eh, tak pelah. Aku tak ambil hati langsung sebab dah memang perangai aku macam tu. Nak buat macam mana kan? Aku tak kisahlah. Dah la jangan kau ungkit lagi pasal hal ni tau. Dan jangan bagi tau kat mak aku. Nanti dia bebel kat telinga aku, tak sanggup aku nak dengar tau. Hehe..” pesan Farah pada Ina. Dia bukan nak ceritakan tentang keburukan maknya tu tapi dia memang tak suka kalau mak dia bising kat telinga dia. Boleh migrain tau.
Sampai saja di kelas Cikgu Haryani dah masuk. Hanya mereka dan beberapa pelajar lain sahaja yang baru masuk. Kehadiran guru Matematik itu sungguh membimbangkan hati Farah. Dia takut keputusan ujiannya baru-baru ini menurun akibat latihan bola jaring dan bola baling yang dia jalani selama seminggu ini. Latihan sukan itu bukan sahaja berlangsung pada sebelah pagi malah di sebelah petang pun ada. Dia sememangnya tidak terkecuali untuk menghadiri kerana telah diberi kepercayaan sebagai ketua pasukan.
Akibat dari latihan yang dia jalani selama seminggu itu dia telah tertinggal beberapa ilmu lebih-lebih lagi subjek Matematik yang menjadi subjek kesukaannya sejak mendapat A dalam PMR tahun lalu. Dia ada keinginan untuk menyambung pelajaran ke sekolah teknik tapi harapannya hancur apabila ibunya melarang dia untuk tinggal jauh dari keluarganya. Dia terpaksa melanjutkan pelajarannya di sekolah lamanya ini.
“Farah Syakila Binti Kamarudin, 84!” panggil Cikgu Haryani lalu menyebut markah yang dia perolehi. “Erm awak ada sedikit penurunan tapi masih lagi dalam keputusan yang baik. Itu membanggakan diri saya sebagai pengajar walaupun awak selalu tiada dalam kelas. Keep it up, Farah!” komen Cikgu Haryani pada Farah. Keputusannya agak membanggakan walaupun terdapat sedikit penurunan.
“Terima kasih, Cikgu!” balas Farah dengan penuh semangat walaupun hatinya sedikit rasa kesal tapi dia terpaksa menerima segala yang telah Cikgu Haryani pesan. Dia tahu yang dia perlu berusaha untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tahun hadapan. Baginya saat berada di tingkatan 4 ini adalah saat untuk dia bertungkus lumus menyediakan platform yang selesa untuk dia hadapi peperiksaan yang besar itu.
Ketika ini ada mata yang memandang tepat ke arahnya. Bukan kerana marah ataupun berdendam tapi mata yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Bagi empunya mata itu Farah adalah satu-satunya gadis yang berjaya menawan hatinya sejak di tingkatan 2 lagi. Dia impikan gadis seperti Farah. Bijak, kelakar, matang dan ada kalanya manja. Dia ingin memiliki gadis itu tapi apakan daya lidahnya tidak mampu untuk mengata apa-apa cuma hatinya sahaja yang mampu untuk bersabar. Menunggu masa dan harinya yang akan tiba untuk dia meluahkan segala-galanya.
“Erm, boleh tahan kau ye. Walaupun kau sibuk dengan aktiviti sukan tapi kau tetap tumpukan perhatian pada mata pelajaran. Jealous aku tau,” kata Imran pada Farah dengan penuh nada bangga.
“Ala kalau betul memang aku pun tak sangka tapi berkat doa mak aku, aku rasa aku boleh buat. Alhamdulillah.. erm kau janganlah rasa cemburu kat aku. Kalau kau nak minta aku ajar kau pun boleh apa. Bukan susah sangat. Kau ikut formula aku tentu kau boleh buat punya,” balas Farah dengan penuh yakin. Dia tak berhasrat nak tunjukkan kepintarannya tapi dia ingin berkongsi segala rahsia dan formula yang telah dia cipta sendiri dengan kawan-kawannya. Dia teringin sangat melihat kawan-kawannya yang lain berjaya seperti dia. Dia mahukan saingan yang sihat tanpa ada rasa benci dalam diri.
Sedang rancak mereka berbual, Faizlan menegurnya dari belakang. “Tahniah, Farah. Kau memang layaklah jadi pelajar contoh sekolah ni. Apa kata aku rekemenkan kau jadi calon pelajar contoh sekolah ni untuk tahun depan. Kan kita akan hadapi SPM tahun depan. Nak?” tanya Faizlan secara tiba-tiba.
Farah mengerutkan dahinya. Bukan dia tidak mahu tapi dia rasa dia belum layak untuk bergelar pelajar contoh sebab ada ramai lagi pelajar lain yang layak. “Erm aku rasa tak naklah sebab aku rasa aku tak layaklah nak pegang gelaran tu. Kau tau jelah perangai aku yang entah pape ni.” Farah merendah diri. Dia memang tak berhasrat nakkan gelaran tu.
“Tak pelah kalau kau tak nak. Aku tak paksa tapi kalau kau dah fikir masak-masak dan bertukar fikiran bagitau aku tau. Yelah, sebagai penolong pengawas aku nak juga tengok budak kelas aku sendiri meraih gelaran tu. Mana tau rezeki kau murah,” pujuk Faizlan walaupun dia tahu yang Farah tak berminat nakkan gelaran tu. Tapi dia akan pujuk sedaya upaya supaya gadis itu menerima tawarannya.
“Suka hati kaulah. Yang pasti aku bukan pelajar itu,” balas Farah yang malas nak melayan kerenah mamat jiwang sorang ni. Dia sememangnya tak berkenan dengan perangai Faizlan walaupun lelaki itu bergelar penolong pengawas tapi playboy tak sudah-sudah. Nasib baik dia tidak termakan pujuk rayu lelaki itu semasa di tingkatan 3. Kalau tidak entah apa lagi nasibnya sekarang.
Dari jauh perasaan lelakinya tercabar dengan sikap Faizlan yang tiba-tiba datang dan duduk di sebelah Farah. Dia tidak faham akan perasaan lelakinya itu. Seolah-olah tidak mahu orang lain mengganggu gadis itu. Dia tidak kisah lelaki lain yang berbual dengan Farah kecuali Faizlan. Perasaannya berkecamuk dan segera dia tunduk ke bawah menahan kesakitan hatinya. Kelihatan mukanya merah menahan rasa marah.
“An! Kau kenapa? Sakit ke?” tanya Roy yang tiba-tiba sedar akan perbuatan sahabatnya itu. Bukan sekali dua dia melihat kelakuan aneh Zafuan tapi selalu. Kelakuan yang pelik tu berlaku pun apabila dia sendiri sedar yang Zafuan merenung gelagat Faizlan yang selalu mendekati Farah. Memang tidak diakui yang Farah tu cantik tapi dia sendiri tak faham kenapa Zafuan begitu cemburu melihat adegan itu. Kini, dia mengerti sahabatnya itu sudah jatuh cinta.
“An, kalau kau betul-betul suka kat dia, kau bagi tau jelah. Jangan simpan-simpan macam ni. Nanti kau jugak yang rugi. SPM dah nak dekat, nanti kau yang susah sendiri. Biarlah zaman sekolah ni kau hargai secukupnya. Nanti bila dah tamat sekolah barulah kau nak teringat-ingat dengan apa yang berlaku,” kata Roy. Zafuan masih menunduk. Bukan dia mahu mengalah dengan semua tu tapi dia sedar yang dia tidak setaraf dengan Farah.
Walaupun dia adalah atlit dalam silat gayung tapi dia tidak banyak pilihan. Walaupun dia terkenal di sekolah tapi dia rasa tidak terkenal di mata seorang gadis bernama Farah. Farah lebih suka pada pelajar yang bijak berbicara dalam kurikulum berbanding dirinya yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Dia hanya tahu berbual tentang silat dan kartun Jepun. Dia tahu gadis itu lebih maju darinya dan boleh melanjutkan pelajaran ke menara gading tapi dirinya sendiri dia tidak tahu ke mana arah yang patut dia bawa.
“Tak pelah aku tak kisah. Aku tahu satu hari nanti Farah akan jadi milik aku juga,” balas Zafuan dengan penuh yakin. Terdapat senyuman penuh makna di akhir kata-katanya itu. Dia yakin satu hari nanti pasti Farah akan jadi miliknya Cuma dia hanya perlu menanti dan menanti masa dan waktunya.

2 mari le komen:

Anonymous said...

best..cpat smbing tau..xsabar nie.. smbung pjg2 tau..

daisyque said...

wah!!! not bad aa sis!! congratz!! bez beb!! huhu..