Pages

Saturday, January 17, 2009

novel pertama ku:saat kucinta kamu 2

Bab 2
Tepat jarum jam menunjukkan pukul 1.10 petang, loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan sesi pagi. Semua pelajar petang beratur untuk masuk ke kelas dan pelajar pagi beredar untuk pulang. Hanya yang tinggal pelajar tingkatan 5 dan 3 sahaja kerana selepas ini mereka ada kelas tambahan bagi subjek tertentu. Bagi Farah, dia punya satu agenda dengan Ina di sebelah petang ini. Mereka ingin berjumpa dengan Cikgu Laila, coach bola baling kerana mahu menjelaskan yang mereka tidak boleh menghadiri latihan petang ni.
Setelah puas menunggu akhirnya Cikgu Laila muncul. Berjalan menuju ke arah mereka sambil memegang sebatang rotan. Memang garang Cikgu Laila ni pada luarannya tapi dalamannya dia agak sensitif. “Cikgu, petang ni kami tak boleh datanglah cikgu. Kami ada hal lain yang perlu diuruskan. Boleh tak cikgu?” tanya Farah yang agak rapat dengan Cikgu Laila.
“Boleh tapi hari ni je ye. Esok kamu dikehendaki hadir. Ok?!” balas Cikgu Laila. Dia memang seorang guru yang boleh consider dengan para pelajarnya asalkan alasan mereka tu kukuh dan logik. Tapi baginya Farah dan Ina adalah anak didiknya yang tak pernah tak datang latihan. Jadi tanpa alasan yang logik pun dia boleh bagi kelonggaran.
“Terima kasih, cikgu!” kata Farah dan Ina sambil mengangguk tanda mereka setuju bahawa mereka kena hadir pada keesokan harinya. “Dan jangan lupa esok pagi ada latihan seperti biasa sebab perlawanan kita dianjakkan ke hadapan beberapa hari. Cikgu tak pasti tapi nanti cikgu bagi tau bila tarikh dan harinya. Dan esok juga kita akan berlatih dengan budak lelaki sekali. Cikgu nak kamu menentang pasukan lelaki. Boleh?” kata Cikgu Laila. Mereka mengangguk serentak sambil tersenyum.
“Tapi cikgu pasukan lelaki tak berlatih lagi dan pemainnya pun kami tak kenal. Kami ingatkan tak wujud pasukan lelaki ni,” kata Farah sambil mengerutkan dahinya. “Erm, kamu jangan tak tahu yang sekolah kita pernah dapat juara untuk bola baling lelaki bawah 18 tau. Cuma mereka ‘direhatkan’ sementara waktu je. Pemainnya kamu akan kenal nanti,” balas Cikgu Laila sambil tersenyum dengan penuh makna.
Dia tahu pelajarnya itu tidak mengetahui kewujudan pasukan lelaki kerana pasukan lelaki telah digantung beberapa tahun yang lalu akibat kekasaran seorang pemain ke atas jurulatih mereka. Pergantungan mereka mendapat tentangan yang cukup hebat dari para pemain. Mereka inginkan semula pasukan bola baling lelaki dan akhirnya mereka dapat semula. Pelajar yang berkasar dengan jurulatih tu telah tamat persekolahannya 2 tahun lepas. Jadi pelajar perempuan tidak kenal siapa pelajar itu dan perkara itu mesti dirahsiakan.
Sampai sahaja di rumah telefon bimbitnya model Nokia 5300 berbunyi. Lagu ‘Aku Pencintamu’ nyanyin Felix itu berkumandang sekali lagi. Tanpa melengahkan masa dia berlari menaiki anak tangga lalu mencapai telefonnya itu. “Hello,” jawab Zafuan tergesa-gesa. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskan penatnya yang belum hilang lagi.
“Ok, esok aku turun tapi pukul berapa? Aku bukannya apa. Aku tak berapa retilah nak main. Kalau silat nak buka langkah aku pandailah. Nak main permainan ni aku leceh sikitlah. Kau tolong ajar akulah nanti ye,” kata Zafuan. Tak lama kemudian dia mematikan telefonnya lalu menggaru kepala. ‘Lawan dengan budak perempuan?’ getus hatinya seorang diri. Dia seakan risau dengan perlawanan tersebut, bukan risau kerana dirinya tidak pandai bermain tapi risau yang dia akan berlawan dengan pasukan Farah. Gadis itu berjaya membuatkan jantungnya berdebar-debar dan fikirannya bercelaru. Dia bangun lalu menuju ke bilik air dan mempersiapkan dirinya untuk bertemu Yang Maha Esa.
Setelah selesai solat dia menuruni tangga dan pergi ke dapur. Dilihat ibunya sedang sibuk masak, lalu dia ke singki sambil membasuh bekas-bekas yang telah digunakan. Perlahan-lahan dia duduk di kerusi sebelah ibunya, direnung wajah ibunya dan dia pun menarik nafas dalam lalu menghembuskan nafasnya yang sarat dengan hajat di hati.
“Kenapa abang tenung mak macam tu? Ada hajat besar ke?” tegur Ramlah yang pelik melihat perilaku anak sulungnya itu. Jarang sekali dia melihat wajah anaknya yang seakan dalam kerunsingan. Bagaikan ada benda yang ingin disampaikan tapi tak mampu untuk diluahkan. Dia kadang-kadang kurang faham perasaan anaknya itu. Sejak akhir-akhir ni perangai anaknya sungguh berbeza.
“Mak, boleh tak abang masuk bola baling? Untuk kali ni je. Tahun depan abang dah tak main lagi dah sebab SPM. Abang janji tahun ni je abang masuk, tahun depan dah tak lagi,” pinta Zafuan pada ibunya. Dia mengerti ibunya sukar bagi keputusan yang boleh membuatkan hatinya tenang.
“Boleh tapi macam mana dengan silat? Erm, okey lah. Bila start latihan?”ujar Ramlah.
“Abang masih aktif dalam silat mak. Kalau boleh abang nak sampai peringkat kebangsaan tapi bukan rezeki abang, nak buat macam mana. Start latihan esok mak. Kenapa?,” balas. Dia tahu ibunya inginkan yang terbaik dari dia sebab dia adalah anak sulung keluarga itu. Dialah yang kena pikul segala tanggungjawab dalam keluarganya.
“Baiklah. Tapi pelajaran jangan lupa. Pelajaran sangat penting dalam hidup kita tau. Bila main, main betul-betul tapi belajar pun kena juga betul-betul,ok?”pesan Ramlah pada anak sulongnya itu. Anaknya yang satu itulah yang boleh ikut katanya.
“Baiklah mak. Mak jangan risau. Abang akan buat yang terbaik punya. Tapi esok abang balik lambat tau. Ye, mak?” kata Zafuan pada ibunya. Saja bagitau awal-awal takut ibunya yang seorang tu risau akan dirinya.
“Ok tapi jangan lambat sangat tau,” balas maknya sambil tersenyum. Zafuan pun mengangguk lalu beredar. Ramlah merenung anak terunanya dari jauh. Dia akui anaknya terlalu baik dan ikut kata-katanya. Dia sukar nak lepaskan anak-anaknya lebih-lebih lagi Zafuan sebab Zafuan ada mirip-mirip arwah suaminya. Hanya Zafuan saja tempat dia melepaskan rindu pada suaminya. Tapi dia terfikir kalau suatu hari nanti Zafuan berumah-tangga tentu akan tinggalkannya juga. Dia pasrah.

0 mari le komen: