Pages

Thursday, February 5, 2009

novel pertama ku:saat kucinta kamu 3

Bab 3

“Farah! Aku kosonglah!” jerit Ina disudut kiri. Farah yang mendengar tercari-cari dan apabila ternampak Ina, dia baling bola tersebut. Ina tangkap dengan kemas lalu golkan.

“Yesss!!” jerit Ina dan Farah. Mereka bertemu dan menghayunkan tapak tangan kanan masing-masing ke udara macam ‘give me five’ lalu mengenggam ke bawah. “Kita berjaya!” jerit Farah lagi. Mereka memang satu pasangan yang ideal dalam menghasilkan satu pasukan yang hebat. Segala lontaran dan balingan yang diberikan oleh Farah pada Ina memang tepat dan Ina juga pandai menangkap segala balingan Farah.

“Eh, pasukan budak lelaki dah masuk padanglah. Erm, macam kenal je yang gelap-gelap, tinggi-tinggi tu,” kata Farah sambil muncungkan mulutnya ke depan. Dia macam kenal lelaki yang memakai baju oren warna favouritenya tu.

“Tak salah aku tu kan Zafuan budak kelas kita yang senyap semacam tu. Pelik jugak tetiba je masuk pasukan ni. Dia join sekaki ke?” balas Ina yang ikut rasa pelik Farah. Dia pun tak sangka si Zafuan tu boleh join pasukan bola baling sekolah. Setahu dia mamat tu aktif silat je.

‘Erm nampaknya tahun ni dia dapatlah pelajar cemerlang dalam sukan. Dah lah handsome, aktif, and yang paling best dia bukan kaki perempuan. Siapa dapat dia memanglah nasib badan.’ Ngomel Ina sorang-sorang. Dia memang suka lelaki macam tu. Dalam hatinya terdetik satu perasaan yang sukar dia fahami.

“Eh, Zafuan kau pun masuk juga ke dalam team ni? Tak sangka kau kan. Dalam diam-diam berisi juga,” tegur Farah. Zafuan yang agak terkejut hanya senyum saja. Bukan tak nak jawab tapi dia segan nak berkata depan gadis pujaan hatinya tu. Malah hatinya berbunga kembang apabila gadis tu menegurnya.

“Erm, sombong!” kata Farah yang cepat membuat andaian yang salah terhadap orang lain. Dia berlalu begitu sahaja. Hatinya rasa tidak puas hati dengan sikap dan sifat lelaki tu. Bukanlah kata benci tapi tak suka caranya yang suka mendiamkan diri dan tak suka cakap banyak. ‘At least, jawablah sepatah dua. Buat segan orang je’ kata hatinya yang geram dengan sikap Zafuan.
‘Alamak dia merajuklah. Ini satu permulaan yang tak bagus. Bukan aku tak nak jawab tapi aku seganlah,’ hati Zafuan pula yang berkata-kata menyalahkan diri sendiri. ‘Pedulikan kau punya seganlah,’ satu suara yang menyuntik semangatnya untuk menjawab.

“Erm, biasalah. Takkan nak bersilat je kot. Kau tak bagi aku join team ni ke? Tak bagi tak pelah,” balas Zafuan dengan nada sedikit merajuk. Sengaja buat-buat merajuk. Dalam hatinya sedikit rasa gembira bercampur gemuruh. Dia memang tak pernah berhasrat untuk berbual dengan gadis itu dalam masa terdekat ni.

“La ingatkan bisu tadi. Erm, kau ni tahu ke main game ni? Tak tahu nanti aku boleh ajarkan. Kau punya teamleader sape, hah?” sindir Farah yang sengaja menyindir Zafuan. Dia sebenarnya minat juga tengok lelaki ni itupun kalau lelaki ni bersilat. Dia memang suka cara bersilat lelaki ni.
Dari jauh dia perhatikan langkah-langkah persilatan yang dilakukan bersama alat muzik yang dimainkan. Dia amat suka akan gerakan tersebut sehingga hilang tumpuan dalam permainannya. Segala pergerakan ditiru dalam fikirannya. Ingin sekali dia join team silat tu tapi dia rasa tak mungkin akan sertai. Baginya melihat aksi orang bersilat lagi best dari kita sendiri yang lakukan.

“Wei, berangan apa tu? Jauh nampak. Cikgu Laila dah datang dah. Yang kau tercegat kat situ, kenapa?” tegur Ina. Farah menoleh lalu tersenyum menyembunyikan apa yang dia angankan tadi.

“Eh, senyum-senyum pulak!” kata Ina lagi yang tiba-tiba turut membalas senyuman. “Tak delah aku saja senyum kat kau. Tak boleh ka?” balas Farah yang sengaja ikut loghat orang India. Mereka terus berlari menuju ke tempat Cikgu Laila.

“Erm, awak semua ni dah warm up ke belum?” tanya Cikgu Laila. “Dah, cikgu!!” balas Farah selaku teamleader pasukan perempuan. “Budak lelaki je belum lagi. Diorang baru je sampai,” sambung Liya. Salah seorang pemain pasukan perempuan.

“ Baiklah, pasukan lelaki warm up dulu. Lari padang ni lima round tanpa henti. Kalau saya dapati ada diantara kamu yang berjalan atau berhenti saya tambah satu round lagi. Faham! Lagi seminggu nak game saya akan tambahkan lagi latihan kamu. Ok!” kata Cikgu Laila. Pelajar lelaki hampir ke semuanya mengangguk cuma dua tiga orang yang sibuk betulkan tali kasut dan berbual.

“Lepas ni kamu akan berlawan dengan pasukan perempuan. Jangan pandang rendah pada mereka. Walaupun mereka ni kaum yang lemah tapi mampu menggoncangkan padang tau.” kata Cikgu Laila sambil tersenyum. Memang tak dinafikan team perempuan handal sebab tu ada diantara mereka yang dapat pergi ke peringkat kebangsaan. Lebih-lebih lagi Farah dan Ina. Nama mereka berdua sudah ada di peringkat kebangsaan walaupun sekarang ni bermain untuk sekolah.

Selepas beberapa minit berlalu, satu pertandingan antara team lelaki dan team perempuan dilangsungkan. Farah selaku teamleader rasa bertuah kerana berpeluang bertemu dengan lawan yang belum diketahui kelemahan dan kelebihannya. Kali ini, dia pasti akan tahu segala kelemahan dan kelebihan team lelaki.

“Pritt!” wisel permulaan dibunyikan. Team perempuan mulakan langkah. Segala balingan dan serangan telah diatur dengan sempurna. Mereka lakukan serangan secara slow dahulu. Lepas ni pasti akan ada satu kejutan yang besar. Sorakan dari luar membangkitkan semangat team perempuan. Mereka pasti akan menang latihan ni walaupun baru first time berjumpa, mereka takkan mengaku kalah. Balingan Farah ke satu sudut di sambut kemas oleh Ina. Ina dengan sekuat hati membuat balingan yang cukup dahsyat kearah penjaga gol lelaki. Dia takkan bertolak ansur walaupun ini hanyalah satu latihan semata-mata.

“Yahoo! Yess!” jerit Ina lepas balingannya gagal ditepis oleh penjaga gol lelaki. Dia tahu lelaki tu takkan mampu menangkis serangannya walaupun secara fizikal balingannya tu mampu ditangkap.

“Woi. Apa hal lu bro? Kau nak main ke tak ni? Bola perlahan pun tak boleh tangkap ke? Macam pondanlah,” marah Iqram selaku teamleader lelaki yang diberi kepercayaan oleh Cikgu Laila secara tiba-tiba. Penjaga gol yang bengang dengan kaptennya mengangkat tangan tanda takkan buat lagi kesilapan. Walau apapun dia tahu yang bola tu cukup kuat untuk ditepis. Gadis yang melakukan balingan tu cukup bertenaga baginya.

“Erm, baru dia tahu balingan aku yang power ni! Takkan ada orang pun yang mampu menangkapnya,” kata Ina yang yakin dengan balingannya tadi. Farah hampiri lalu membisik sesuatu di telinga Ina. Ina yang mendengarnya, mengangguk lalu tersenyum. Dia pasti taktik dan yang bakal dia lakukan ni akan menggoyahkan pertahanan pasukan lelaki.
Perlawanan diteruskan. Saingan sengit dari pasukan perempuan membuatkan Zafuan tak keruan. Dia mesti merancang satu plan yang terbaik untuk membuktikan pasukan lelaki boleh menang walaupun baru first time turun padang. Dia berdiri lalu memegang bola. Apabila wisel sudah ditiup dia mulakan gerakannya. Dia baling bola ke Iqram dan mereka main berdua sahaja sampai saja dipintu gol………

“Woi, mana wall? Angkat tanganlah! Jangan malas!” jerit Farah. Dia tahu yang pasukannya akan tewas tapi dia akan pastikan bola tu tak masuk. Farah melihat pergerakan Zafuan. ‘Dan bola tu pasti takkan masuk’. Farah angkat tangan lalu dia hampiri lelaki tu dan akhirnya……….

“Aduh!” Farah terjatuh. ‘Yes aku berjaya dapatkan balik bola tu’. Farah hampir tersenyum sebab taktiknya berjaya dilakukan. Kedengaran wisel ditiup dan mengarahkan team perempuan ambil bola. Farah segera berdiri dan menoleh ke arah Zafuan. Dia tersenyum lalu bergerak ke tengah padang.

Hampir setengah jam perlawanan, akhirnya wisel ditiup. Mereka dikehendaki berdiri dihadapan lawan masing-masing dan berikan hormat. Lalu Cikgu Laila selaku pengadil mengumumkan pasukan perempuan yang memenangi perlawanan ini walaupun ia sekadar latihan semata.

“ Okey. Kamu semua boleh berehat dulu dan lepas ni saya akan bagi tau tarikh perlawanan kamu sebab saya baru dapat tahu tengah hari tadi. Jadi diharap selepas ni kamu berlatihlah bersungguh-sungguh ye. Pastikan kamu dapat jadi johan tahun ni lagi walaupun tahun lepas kita johan. Kekalkan kejuaraan kamu.” kata Cikgu Laila dengan penuh semangat.

Farah yang mendengarnya pun turut terasa semangatnya disuntik oleh Cikgu Laila. Dia rasakan semangatnya berkobar-kobar seperti tidak sabar untuk bertemu dengan lawannya nanti. Tiba-tiba dia rasakan dirinya diperhatikan. Dia tidak segera menoleh ke arah tersebut tapi melihat dari ekor matanya dia tahu Zafuan sedang merenungnya. Entah apa yang ditenung oleh lelaki itu sukar untuk Farah tafsirkan. Dia segera bangun dan beralih tempat ke sebelah kiri Ina supaya dirinya terselindung dari pandangan mata itu.

“Kau ni kenapa Farah? Beralih tempat plak,” tanya Ina yang keliru dengan gelagat pelik kawan baiknya itu.
“Takde pape la. Aku saja nak duduk sebelah kiri kau ni. Selesa sikit. Kenapa, tak boleh ke?” alasan Farah pada Ina. Dia memang sengaja bagi alasan yang tak logik tu supaya kawan baiknya tak tahu yang dia sedang diperhatikan.

“Baiklah kamu semua. Dua minggu lagi kita akan pergi bertempur di padang sekolah kita dan saya harapkan kamu semua buat yang terbaik. Ok!” kata Cikgu Laila diakhir perjumpaan itu. Setelah beberapa minit kemudian perjumpaan itu bersurai.

“Eh, Farah. Kau perasan tak Zafuan tadi. Handsomenya dia. Erm, kalaulah satu hari nanti aku jadi awek dia, kau rasa sesuai tak?” tanya Ina pada Farah. Farah memandang redup wajah kawan baiknya itu. Dia rasa cukup lega sebab tak bagitau Ina tentang apa yang berlaku di padang tadi. Dia tahu Ina suka pada Zafuan dan sebagai kawan dia takkan menganiaya kawan sendiri untuk kepentingan dirinya.

“Ermm, sesuai kot. Tapi kau kena tahu yang dia tu digilai ramai. Mana mungkin kau setanding dengan diri dia. Hehe,” kata Farah yang membuatkan Ina memandang telus pada matanya. Farah merasakan apa yang Ina sedang fikirkan.

“Woi, jeles ke aku kata macam tu? Ala aku gurau je la. Betul ke kau suka mamat tu? Tapi dia tu skema habis la. Kepala kau tu da la gila-gila. Mustahil.” Ina terkejut lalu menganggukkan kepala. Dia pun fikir yang dia memang tak sesuai kalau nak berdiri sebelah Zafuan. Zafuan tu dah lah atlit sekolah dan digilai ramai. Ada benar juga kata-kata Farah tu.

“Yela aku rasa macam tak sesuai pulak kalau nak dibandingkan dengan dia. Eh, jom la pergi kantin. Haus nih,” balas Ina lalu mengajak Farah. Farah mengangguk lalu ikut saja kehendak sahabatnya itu.
***********

0 mari le komen: