Pages

Sunday, February 8, 2009

novel pertama ku:saat kucinta kamu 4

Bab 4
“Assalamualaikum….”

Langkah kakinya yang perlahan itu menderap ke permukaan lantai rumah yang usang itu. Perlahan dia menguak jendela yang tertutup rapat itu. Cahaya matahari menusuk setiap isi ruang rumah usang itu. Mulanya kelihatan suram terus bertukar ceria. Dia berjalan sekeliling rumah itu, lalu dilapnya perabot yang agak lama ditinggalkan. Ditiupnya habuk lalu di kibas-kibas kain didalam rumah itu. Jika dibayangkan memang agak sudah beratus tahun tetapi rumah itu sebenarnya tidak pula ditinggalkan. Cuma tuan punya rumah tiada di rumah.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam. Laa, Tok Ngah pergi ke mana ni? Puas Farah cari dalam rumah. Marilah Farah bawakan barang tu. Nampak berat je.” kata Farah sambil memapah Tok Ngah yang baru balik. Nampak penat orang tua itu.

“Ala Tok Ngah tak ke mana la. Tok Ngah jalan-jalan satu pekan je. Tapi penatnya tu, Allah saja la yang tahu. Ha, kamu ni ada ape datang. Lama jugak tak menjenguk. Tok Ngah ni tunggu-tunggu jugak kamu datang semalam, tapi batang hidung pun tak nampak.” kata Tok Ngah sambil duduk di kerusi yang agak lama tak diduduki. Farah datang sambil membawa minuman sejuk untuk Tok Ngah yang keletihan.

“Farah sibuk dengan sekolah la Tok Ngah. Lagipun exam da dekat da ni. Tok Ngah ni pun satu kalau da tau penat, jangan la jalan jauh-jauh. Nanti kalau sakit siapa yang susah? Dulu Farah suruh nikah dengan Mak Nab sebelah tu tak nak. Penat je Farah tackle kan untuk Tok Ngah.” senyum Farah sambil melihat Tok Ngah. Wajah orang tua itu bagaikan wajah datuknya ketika dia kecil dulu.

“ Tok Ngah bukannya tak nak tapi cinta Tok Ngah pada Nek Senah kau tu teguh lagi. Kata orang macam Laila Majnun. Hehehe…” Tok Ngah tersenyum melihat Farah. Teringat dia zaman muda dulu. Nek Senah la satu-satunya perempuan yang berjaya menambat hati mudanya dahulu. Di saat itulah hatinya tersangkut pada keaslian wajah Nek Senah. Tetapi sekarang keaslian itu sudah hilang bersama tuannya. Kini Nek Senah pergi tanpa kembali.

“ Tok Ngah! Termenung apa tu? Erm, jom makan. Farah dah sediakan ni.” sapa Farah pada Tok Ngah. Sayu hati Farah melihatkan Tok Ngah termenung seorang diri. Kalau dulu ada Nek Senah, Tok Ngah tak pernah termenung. Selalu je gembira.

Tok Ngah mengangguk lalu bangun dari tempat duduknya. Farah memimpin Tok Ngah menuju ke meja makan. Tok Ngah makan dengan seleranya bagai hilang segala apa yang di menungkan. Anak-anak Tok Ngah tiada seorang pun yang jenguk melainkan Farah yang menjenguk Tok Ngah. Itu pun tak selalu, kadang-kadang je.

Nada dering ‘Beautiful Girl’ nyanyian Sean Kingston berbunyi di poket seluar Farah. Lalu dikeluarkan handset jenis N73 dari poketnya. Dia lihat dan buka.

1 new message
“salam,hai farah.wat pe tu?ggu ke?sory la klau m’ggu farah.”

Farah membaca lalu membalas,
“tgh mkn la.nak pe?ni siapa ni?x ggu pon..”

Lalu Farah ambil handsetnya itu letak disebelah kanannya. Tok Ngah perhatikan sahaja gelagat Farah sambil menggelengkan kepalanya. Gerangan siapa la yang menghantar pesanan ringkas pada gadis secantik Farah itu. Dia berasa bangga jika punya anak yang baik, cantik, bijak dan pandai hormat orang tua serta aktif bersukan. Farah bagaikan seorang anak yang dilahirkan cukup sempurna jika dipandang pada zahirnya.

Handsetnya berbunyi lagi. Kali ni lagu ‘Because Of You’ dendangan Kelly Clarkson. Kelihatan satu nombor yang dia tidak kenali lalu cepat-cepat dia mengangkat panggilan itu. “Hello” jawab Farah. Macam kenal suara lelaki ini.

“Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Farah?”
“Ya. Ni Farah bercakap. Ni siapa ni? Macam kenal la suara ni.”kata Farah dengan nada ragu-ragu.

“Ha tu kata da kenal. Tak payah bagi tahu la ek?” Zafuan main tarik tali dengan Farah. Zafuan tersenyum tika ini. Dia suka mainkan gadis ini. Seronok. Dia dapat mengagak Farah adalah seorang gadis yang lurus.

“Erm, kalau awak tak nak bagitahu tak berpeluanglah lain kali nak telefon saya.” Bijak Farah bermain kata. Dia pasang perangkap.

“Ermmmm. Ok lah saya bagitahu. Tapi dengan satu syarat. Sudikah awak keluar dating dengan saya?” Zafuan memberi syarat yang tak masuk akal. Tapi dia fikirkan keuntungan yang dia dapat.

“Eh awak ni. Da la saya tak kenal awak siapa. Suka-suka hati je nak ajak keluar dating. Siapa sebenarnya awak ni?” nada Farah sudah berubah. Hendak je dia matikan panggilan telefon tu tapi dia bersabar je.

“Janganlah marah, Farah. Hilang kecantikan yang ada kat muka awak tu. Erm, awak anggap je la saya ni kawan awak. Saya nak jadi secret admire awak, boleh?” tanya Zafuan pada Farah. Hatinya kini berdegup kencang. Suara Farah yang membuatkan hatinya tak tenteram. ‘sedap sungguh suara dia ni’.

“Erm yela” akhirnya Farah surrender. Dia dah malas nak melayan panggilan misteri itu. Tapi suara lelaki ini dia macam kenal. Macam selalu dia dengar.

“Yess!!!. Thanks Farah. Bye, assalamualaikum..”jerit Zafuan kegembiraan lalu terus mematikan panggilan. Dia rasa sangat gembira. Lalu dia benamkan dirinya atas katil yang empuk itu.
Jeritan kecil itu membuatkan dahi Farah berkerut seribu. Dia tak menyangka ada jugak lelaki seperti itu. Farah menggelengkan kepalanya lalu meletakkan handsetnya di tepi meja.

“Boyfriend ke?” tanya Tok Ngah.
“Tak de sape la Tok Ngah. Kawan tadi” balas Farah sambil tersenyum kambing.

“Kamu ni Farah, buruk buat senyum kambing macam tu. Terus terang je la dengan tok ni. Tok bukannya tak pernah muda macam kamu. Mesti budak lelaki tu suka kat kamu. Kalau tak, takkan la Tok Ngah boleh dengar suara dia menjerit tadi.” terang Tok Ngah tanpa selindung.

‘Tok Ngah pun dengar dia jerit?’ kerut dahi Farah lagi. Erm….

“Entah la Tok Ngah. Farah pun tak kenal dengan lelaki tu. Cuma dia kata dia nak kenal dengan Farah. Nak jadi secret admire Farah. Farah pun ye kan je la. Tapi suara dia Farah macam kenal la Tok Ngah.” jelas Farah pada Tok Ngah. Tok Ngah yang mendengarnya tersenyum sumbing.

“Erm… Tok Ngah tak tau la nak komen macam mana tapi dari apa yang Tok Ngah dengar dia macam suka je kat kamu. Masa dia jerit ‘yess’ tu da menunjukkan yang dia suka sangat kat kamu.” kata Tok Ngah. Farah yang mendengarnya menelan air liur seakan terkejut dengan kata-kata Tok Ngah. Tak sangka Tok Ngah mampu membaca reaksi seseorang itu.

2 mari le komen:

daisyque said...

wah!! dah update!! yeah!! xsabo nk tunggu wuts next..
hehe!! beb! bape chapter cite kaw ni?
haha(terserlah ketidaksabaran aku itewww)
hikhik

ismailsyimasyida said...

byk chapter...
ko tggu je sudah